Tuesday 26 February 2013

Mencuba Untuk Mengertikan

Bissmillahirahmanirahim. Assalamualaikum, Salam permulaan untuk berkongsi tinta. Alhamdulillah di kesempatan yang Allah berikan, saya diberikan ilham untuk mencari ruang di sini. Nyatanya, ramai yang mencari ruang di sini untuk tujuan tertentu. Begitulah saya. Senyum. Allah berfirman, mafhumnya;
"tidak Aku jadikan jin dan manusia itu, melainkan untuk menyembah aku"
Qs Adz-Zaariat : 56

Mengenai itu tentu ramai yang sudah faham apa ertinya dan apa yang perlu diperjuangkan. Oleh itu, penulisan dan ruang yang boleh disampaikan sekelumit ilmu ini mampu menjadi amalan kita untuk di bawa pergi ke perkampungan yang kekal. Amin.

Apa sahaja tujuan anda, baik atau buruk pasti akan dinilai di hujung perjalanan ini. Cumanya, apa yang baik saya akan kongsi, yang buruk daripada saya, tegurlah dan bukannya menghukum tanpa saya ketahui. Dengan bermulanya pengambaraan saya untuk meluahkan kata dari 'pena moden' ini, nampaknya ada setapak lagi tempat saya mencurah apa sahaja yang ingin terluah.

Rakan yang budiman pasti ramai yang bijak pandai di sini. Alhamdulillah. Sememangnya sebagai remaja yang masih tercari identiti atau sebagai hamba yang masih bertatih mencari erti kehidupan pasti tidak akan lepas dari dugaan Tuhan. Itu sudah bagus! itu tandanya Allah sayang. :)


baiklah, semoga kita akan dipertemukan lagi di lain coretan. Yang baik pastinya daripada pencipta, yang lemah dari yang dicipta. Allahua'lam.

Wasalamu'alaikum,
Koma Dan Noktah.10.45:26.02.13