Thursday 21 March 2013

Transit Kejayaan aku Bermusafir

Bissmillahirrahmanirrahim.

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;


[Qs: Almu'minun : 1-9]

Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran dapat juga saya meluang waktu untuk mencoret di laman tinta moden ini. Salam rindu buat kekasih hati Nabi Muhammad SAW. -selawat-

Tanggal 18 itu, keputusan peperiksaan tahun lalu telah dikeluarkan. Ketika itu saya menaiki bas untuk bermusafir. Rasa di dalam dada tiada yang tahu melainkan Ar-Rahman. Saya yakin rakan-rakan saya tentu merasakan hal yang sama dalam keadaan berbeza. Debaran.

Semasa bermusafir, fikiran ligat mengingatkan nasib. Juga ligat mengingat peristiwa silam. Ada yang berpendapat, untuk apa dikenang masa lalu? saya pula tidak terus menolak pendapat itu. Senyum. Bagi saya, masa lalu perlu di lihat. Sebagai peringatan dan teguran untuk memperbaiki atau istiqamah. Saya cuma terfikir, saya di situasi yang mana ya? Muhasabah kembali.

[kredit]

Rupanya tidak banyak yang boleh dibanggakan dengan kejayaan saya masa lampau. Terlalu banyak suka, juga suka-suka dan banyak keadaan yang betapa mengetuk akal saya juga hati saya. Ketika itu peristiwa saling berganti-ganti membuat pening. Allahu..

Doa saya bertalu-talu,"Ya Allah, jangan biarkan dosa silamku menutup kejayaan masa depanku,"

Saya kembali bermuhasabah, apa yang telah saya buat untuk menggembirakan Puan.Mama? En.Abah? sudah banyakkah ya? muka saya ketika itu rasanya persis seorang penanggung hutang yang besar. Sebesar harapan saya ingin mengusik rasa gembira Puan.Mama saya. Ingin melurutkan resah jiwa En.Abah. Ya Allah.

[kredit]

Ketika bermusafir itu, saya cuba berbaik sangka kepada Maha Pengatur, saya harap hati saya bakal redha dengan ketentuanNya. Dia kan Maha Pemberi, nikmat diberi musibah dikasi. Ya Allah..

Untuk menunggu masa keluarnya keputusan itu, benar-benar menguji dalam sabar, juga menduga luas sabar.Terkadang tersungkur mencuba bangkit. Sangat payah,perih,susah-itulah sabar. Tarbiyyah dari masa sebenarnya.


Getaran Telefon terasa, ada balasan dari sana.

Saya..

debarannya memuncak. Tinggi dan laju, selawat saya kirim buat Rasulullah, dengan lafaz Basmallah..Mata saya terpaku..

Subahanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar.

Sungguh benar, hidup ini pilihan.
Lihat di belakang, nampak masa silam,Lihat di hadapan, nampak masa depan.

Pn.Mama..En.Abah.. Terimalah..walau kita tidak bersua..Doakan saya ya ma,bah? T_T

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

[Qs: Al-Mu'minun:10-11]

(koma)

Sunday 17 March 2013

Si "Ibu Susuan" Menjadi Teman

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, Salam junjungan buat Nabi Muhammad SAW,sesungguhnya rindu ini makin melarat buat baginda. -Selawat-

Seusai isya' saya menghubungi sahabat karib saya (si Ibu Susuan). Ada nada rindu di situ, yeah I Miss You Too. Setelah hampir beberapa tahun menjadi rakan seperjuangan, saya dan dia sudah jatuh cinta. Ianya Manis. Halalan toyyiban lagi :) Ohya, dan juga nada kegementaran dan debaran. Samalah kita. T_T


[kredit]

Apa yang menyebabkan hingga saya mencoret di laman ini ya? kerana esok hari keluarnya keputusan peperiksaan. Usaha yang kami baja bakal membuah. Saya tidak pasti sama ada tuaiannya baik atau tidak. Tidak terjangkau pengetahuan saya tentang semuanya.Namun saya percaya, setelah hamba itu berusaha, berdoa dan meningkatkan rasa tawakalnya kepada yang Esa, insya Allah baik hasilnya. Insya Allah.

Namun apabila Allah dibelakangkan. Allahua'lam.

Coretan kali ini mengemukakan tanda tanya kepada saya pula.

"bagaimana ya kalau si dia.."

"Si dia masih sayang sayakah?"

"kalau kami sama-sama.."

-semuanya bercampur- baur. Mengalahkan Ais Batu Campur. .

Tidak sanggup rasanya hendak diluah. kerana ia sangat pahit. Namun biar coretan ini menjadi penyuntik kepada saya jika saya leka. Ya, tidak mustahil manusia akan leka dengan kejayaan atau kegagalan dan kemanisan atau kepahitan.

Jika ujian ditimpakan kepada salah seorang daripada kami, harapnya masih ada yang menyokong. kerana selama ini kami seperti dahan. Kalaulah saya lemah, dialah tempat berpaut yang Allah beri, kalaulah dia lemah, saya setia menjadi dahannya kembali. Moga Allah mengekalkannya sahabat.

berkata Sayidina Ali R.A
" Orang yang lemah ialah orang yang tidak mempunyai teman, selemah-lemahnya lagi ialah, dia mendapatkan teman namun mensia-siakan"
Itu pesanan Sahabat Nabi. Moga hubungan ini kekal hebat. Ujian esok boleh menjadi dugaan buat diri saya juga siapa-siapa hamba berharap. Mintalah petunjuk daripada Allah di kala senang ataupun resah. Degupan hebat! Allahuakbar.

Salam Najah fi Dunya wal Akhirat.

(Koma)

Saturday 16 March 2013

Rebut Sebut Chenta

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih dapat saya mencoret tinta moden ini. Salam junjungan buat Kekasih Allah. Moga berjiran di syurgatulfirdausi (ammboih) aamiinnn.. (hidup mesti obses dgn sorga T_T) -Selawat-

Adapun kali ini tujuan saya ialah menukil sebuah kekesalan mengenai chenta. Apa?? saya menolak fitrah?? Oh pastinya bukan namun saya masih dalam usaha menjaga sebuah fitrah bernama chenta. Saya menukilkannya kerana saya ingin bersama-sama remaja yang lain yang masih bertatih-tatih mengenal makna chenta.

Dalam sebuah laman sesawang bernama You Tube, saya merupakan pengintai,penonton,peminat,pelihat (eh?) sebuah channel yang di beri nama Matluthfi90. Err saya melihat-lihat saja. eh selain itu saya juga mengambil dan menyerap seeebanyak yang mungkin mesej2 positif beliau. Senyum.

Bercerita mengenai video beliau yang osem! ada sebuah topik mengenai "drama-drama sebelum kahwin"
di sana baaanyak jenis chenta yang beliau sampaikan dengan peenuh berjaya dan mampu membuat saya tergelak berdekah-dekah. ehek.

Untuk maklumat lanjut, mari pakat-pakat tengok ya. Yang baik simpan yang buruk...Allahua'lam. uruslah sebaiknya. he.

kendatipun begitu, saya teruja bercakap mengenai chenta kerana, fenomena negara kala ini, semakin banyak medium dakwah digunakan untuk menyampaikan cara mengurus sebuah chenta, semakin bertimbun juga pengemis-ngemis chenta manusia. Erm tidak keterlaluan di situ. Mungkin.


[kredit]

Kenapa lancangnya tulisan mengatakan pengemis chenta ya? cuba kita recheck bagaimana kita mengharapkan chenta manusia bergelar hamba? double check. triple check. cer cek. cer cek. :p

ada yang melumpuhkan hubungan sesama teman kerana chenta, ada yang mencacatkan hubungan sesama keluarga demi chenta. paling teruk ada yang membelakangkan jaminan Ar-Rahman demi chenta. Nau'zubillah.

Kita belum faham atau buat-buat tak faham ya? kita sudah tuli atau buta mungkin ya? kita terlalu mundur..eh kenapa pula ya? emm. kalau buta mata braille membantu buta hati, itu bagaimana ya?

Saya bukanlah penggubal soalan yang hebat hingga dapat penjenamaan dari MPM :p
Namun cukuplah persoalan itu membuka rongga-rongga akal yang masih belum atau masih samar-samar mengenai chenta.

Anugerah chenta itu hebat. Manis. Indah. malah membahagiakan, namun jika sudah menjadi pengemis chenta manusia sebelum menjadi pengemis Redha Kechentaan Ilahi......

Allahua'lam.

"Tanya lagi diri, chenta anda saat dan kala ini untuk apa dan pada siapa sebenarnya? "Oh saya suka,saya suka :D

Thursday 14 March 2013

Masa Depan Hamba itu Rahsia.

Assalamualaikum, Salam junjungan buat Nabi Muhammad SAW.

Allah tidak akan mengubah nasib kaum seseorang, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada di dalam diri mereka.
(Q.S Ar-Ra’d 13 : 11)



Ada manusia yang sudah berjaya. Alhamdulillah. Ada yang belum dan kurang berjaya. Sabar, itukan ujian Allah? Alhamdulillah. Jemari yang menaip ini masih dalam tanda tanya. Apa yang akan berlaku nanti? saya bukan mengharapkan kejayaan sebesar bulan dan sebanyak bintang. Impian sebenar saya seindah Syurga. Saya sendiri tidak pernah melihat syurga. Allahua'lam

Tapi, Allah SWT telah menceritakan dan menjanjikan keindahan syurga. SO? kenapa saya cakap impian seindah syurga walhal tidak tahu keadaan syurga? sebab itulah matlamat kekal hamba hina macam saya. Di samping itu (cehwa) saya ingin bersama mujahid dan mujahidah akhir zaman untuk mengembangkan ilmu Islam, dan juga Islam itu kan Indah? mulanya indah hingga hujungnya. :)

Apa yang saya dapat sampaikan ialah, Masa depan itu RAHSIA kerana, Allah ingin kita merancang, berbaik sangka, dan meletakkan tawakal tertinngi kepada ALLAH.
Oh ya juga bersabar.



Tidak terbayang dek akal saya bagaimana kalau manusia tahu masa depan. pasti ada yang tidur panjang dan bersuka-suka. Ada juga yang akan sedih memanjang dan betindak menyekutukan Allah. Nau'zubillah.Yalah, hamba mana yang tidak geambira bukan kepalang kalau masa depannya cerah walaupun tiada usaha kan? Manusia mana yang tidak berduka kalau masa depannya ialah kesusahan dan kerugian menimpa kan?

SubahanAllah, Sayangnya Allah kepada Hamba. disuruh berusaha kemudian dapat. Tiada Mustahil jika Imannya ada. 

"aku berusaha tapi aku gagal!"

ingat hamba, Kita Merancang, Allah Merancang. yang pasti rancangan Allah Maha Hebat. Ayuh berbaik sangka!


Aku masih di sini, masih mencari yang benar dan hakiki. :)

Allahua'lam wasalam

I am The Little Learner :)

Assalamualaikum. Salam junjungan buat Nabi di malam penuh barakah ini. -selawat-

Alhamdulillah, hari ini saya masih sempat menulis, mungkin bertatih menulis di laman pena moden ini. Banyak cara dakwah jika kita selami keadaan manusiawi moden, canggeh, dan..dan..yang semakin busy dan body. eheh!

Apa yang saya cuba tulis mungkin tidak akan sampai kepada mana-mana hati dan tidak tersinggah di mana-mana mata pembaca. I dont expecting too much. it's because i'm noob in blogging and still learning every single about dakwah. Tetapi seraya melihat dan memang berniat menyelongkar You Tube channel Tuan Helmy, saya pun tersentuh dengan semuanya. yia seeeeemua!

Salah satu isi video beliau ialah, pesanan dari UAI. siapa UAI? ustaz Azhar Idrus. Pencetus dakwah dalam kehidupan remaja. Saranan UAI ialah berdakwah (salah satu) . itulah yang saya sedang cuba. blog ini juga saya hasilkan untuk mengingatkan saya jika saya lalai suatu hari nanti. Biar saya tahu apa tugas hamba.

Penulis yang saya segani juga pernah berbuat demikian. Fatimah Syarha. Kalau tidak silap saya, melalui hasil tulisannya Seindah Mawar Berduri, dia ada sediakan cadangan untuk teguran buat diri ketika menghadapi 'dunia luar'. tulisan-tulisan novelnya sengaja dicipta untuk menegur dan mengingatkan diri. begitu juga saya. saya akan berusaha mencarai apa-apa peluang untuk menjadikan ia sebagai pengetuk nafsu yang rakus. insya Allah.

Saya bukan sesiapa hendak dibandingkan dengan nama-nama tokoh yang saya sebutkan sebentar tadi. Saya juga yakin mereka tidak ingin dipuji tinggi melangit kerana semuanya kepunyaan Allah. kadang-kadang iri hati kepada mereka-mereka inilah yang membawa saya kuat mengenali islam dan ingin menggapai redha ilahi.

Doaku moga ada insan yang sudi menabur ilmu untukku santapkan buat minda. Agar kebebasan berdakwah ini terus aku pegang bersama cita-cita memburu redha ilahi. Moga mereka tabah menyebar dakwah.
[kredit]
ISLAM will win with or without you, but YOU without ISLAM will lost and lose
-Syeikh Ahmad Deedat- 

Aku masih belajar hari ini hingga menutup mata.

 (noktah)

Wednesday 13 March 2013

ILMU dan ilmu

Bissmillahirahmanirahim.

Assalamualaikum. Moga iman kita masih selamat dalam lindungan Allahu Rahman. semasa menulis tinta ini, saya baru sahaja mengenali seseorang yang tahu tentang dunia  IT, hardware dan sebagainya. Mengapa saya tidak sebut serba tahu? sebab beliau kata, "anda, saya biasa-biasa saja" setiap kali saya puji dengan pengetahuannya, dia akan berkata sedemikian. walhal satu kerja dan apa yang dia tahu, hampir semua saya tidak tahu dan tidak pernah dengar.

mungkin saya buta IT. atau saya tidak tahu menahu tentang rangkaian-rangkaian dan saya lupa apa-apa lagi istilah yang disebutkannya dalam post-post untuk tujuan rujukan teman dan kliennya (saya rasa). Tapi bila dipuji, pasti dia akan menyedarkan saya dan dirinya sendiri. "biasa-biasa saja"

"ilmu itu bukan seluas laut, namun seluas angkasa lepas"-Kawan saya, YK. senyum.



kata-kata itu tambah mengetuk-ngetuk akal saya." Diri, ilmu kau hanya setitik.Entah berapa trillion lagi Allah tak bagi. mungkin ada infiniti," :(

Beliau turut menceritakan bagaimana keinginan beliau belajar.Sanggup kerja sambil belajar. Allahu, saya macam mana ya? detik ini saya masih tertanya-tanya berapa keputusan peperiksaan tahun lalu. kalau layak mungkin ya. Mungkin kita perlu banyak muhasabah. jangan pernah berputus asa.

kecantikan itu tidak salah, pengetahuan tidak pula salah, kekayaan bukan salah. Namun, jika sudah mendapatkan, melupakan Allah itu yang salah!
dan jangan hairan bila kita sedar kita tidak punya apa-apa, saat itu kita terlambat!kan kau penat.

Salam Ilmu- Allahua'lam, Dialah pemilik Ilmu
-_-'