Wednesday 13 March 2013

ILMU dan ilmu

Bissmillahirahmanirahim.

Assalamualaikum. Moga iman kita masih selamat dalam lindungan Allahu Rahman. semasa menulis tinta ini, saya baru sahaja mengenali seseorang yang tahu tentang dunia  IT, hardware dan sebagainya. Mengapa saya tidak sebut serba tahu? sebab beliau kata, "anda, saya biasa-biasa saja" setiap kali saya puji dengan pengetahuannya, dia akan berkata sedemikian. walhal satu kerja dan apa yang dia tahu, hampir semua saya tidak tahu dan tidak pernah dengar.

mungkin saya buta IT. atau saya tidak tahu menahu tentang rangkaian-rangkaian dan saya lupa apa-apa lagi istilah yang disebutkannya dalam post-post untuk tujuan rujukan teman dan kliennya (saya rasa). Tapi bila dipuji, pasti dia akan menyedarkan saya dan dirinya sendiri. "biasa-biasa saja"

"ilmu itu bukan seluas laut, namun seluas angkasa lepas"-Kawan saya, YK. senyum.



kata-kata itu tambah mengetuk-ngetuk akal saya." Diri, ilmu kau hanya setitik.Entah berapa trillion lagi Allah tak bagi. mungkin ada infiniti," :(

Beliau turut menceritakan bagaimana keinginan beliau belajar.Sanggup kerja sambil belajar. Allahu, saya macam mana ya? detik ini saya masih tertanya-tanya berapa keputusan peperiksaan tahun lalu. kalau layak mungkin ya. Mungkin kita perlu banyak muhasabah. jangan pernah berputus asa.

kecantikan itu tidak salah, pengetahuan tidak pula salah, kekayaan bukan salah. Namun, jika sudah mendapatkan, melupakan Allah itu yang salah!
dan jangan hairan bila kita sedar kita tidak punya apa-apa, saat itu kita terlambat!kan kau penat.

Salam Ilmu- Allahua'lam, Dialah pemilik Ilmu
-_-'
 

2 comments:

  1. Hmmm...
    First time nampak gelaran dalam blog orang. Terasa seperti dihargai. Terima kasih Admin. :)

    ReplyDelete
  2. Encik Yap Koloi,

    Kita biasa-biasa saja. Alhamdulillah, Sama-sama. ini renungan buat diri sendiri untuk tidak meninggi diri dengan apa yang ada.

    Jazakallah :)

    ReplyDelete