Wednesday 7 October 2015

Pernahkah?

Pernahkah kau rasa lelah dengan kewajipan menuntut ilmu?
Buat apa kau datang ke kelas, berhawa dingin, tapi kau tak akan tahu, akankah dunia luar itu nanti akan menyambutmu, atau menolak menjatuhkanmu?
Sudahlah lama ilmu yang kau ada kau perap,
Berjauhan dari famili. Tiba-tiba rasa itu datang menjalar.

Atau rasa itu yang sebenarnya, menakut-nakutkanmu?

Pernahkah kau rasa otak kepala dan fikiran yang kau rancang tidak difahami oleh segelintir manusia?
Lantas kau rindu zaman Nabi Muhammad itu? kau-aku tak wujud pun.
Kalau kau tahu, Khaulah bertuah. Di dalam (surah) Mujaadilah, dia dan Nabi Muhammad bertemu. Mengadu dia, Si suami menziharkan dan terturunnya syariaat yang membelenggu. Kalau kau tahu lagi, masa itu Khaulah punya sayang ke suami itulah membawa dia bertemu Muhammad. Dan syariat soal zihar itu sampai sekarang kita guna. tak mampu yang ini, kemudian itu, sampai selesai.

Tapi kini? Aku berfikir nak jumpa Baginda terasa malu. Baru terfikir.
Aku takut. Sangat takut baginda tahu, akulah yang punya iman yang picis.
Walhal dia kekasih Allah.
Bagaimana aku boleh terbayang duduk sebelah Baginda.

Sebut nama serta selawat saja, paling payah.
Apatah lagi murabi murabbiah aku selalu ingatkan.
Neraka untuk neraka. Syurga untuk syurga. Hanya yang layak. Tiada di perantara. Tiada.
Moga-moga rahmat Tuhan menyelamatkan kita.

Banyak benda berlegar. Pernahkah?

infiru!

Tuesday 6 October 2015

Semangat inci seinci-

Menjadi kebiasaan aku selepas berkahwin, bangun subuh sembah dan agungkan pencipta yang masih sudi memberi nyawa kemudian lipat telekung. Selimut? siapa lambat bangkit dari katil dia lipat. haha! okay tipu.

Sejurus mengaminkan doa, aku bangkit menuju dapur. Buat segala hal yang wajib aku jaga. Makan dan selera inche suami. Ya biar awal pagi! aku ini bukan juga kategori yang pagi-pagi buta kemudian mengasapkan kawasan dapur sewaktu bujang. Apatah lagi aku ini membesar di asrama. Anda faham-faham sajalah. Tapi itu bukan alasan kau.

Kalau kau tahu itu tanggungjawab,
Kalau kau sedar kau bukan bujang,
Kalau kau tak anggap benda sebegini membebankan masa-masa kau,

Namun pagi itu aku bangun lebih awal dari biasa dan masak lebih awal dan semestinya siap berperang di arena dapur lebih awal. Lantas aku baring malas-malas melayan sendi otot yang belum aku tegangkan. Sementara menunggu masa-masa akhir untuk bersiap ke kelas, aku mengacau-ngacau Inche Suami yang sedang menghafal pelajarannya.

"bangunlah, pergi bersiap" ujar dia melihat aku hampir yang hampir tertidur.

"Inche, bagilah saya kata-kata semangat" aku balas.

"semangat?" "yaaa.. bagilah.. kelas saya awal hari ini"

Dia diam kemudian berkata "Seorang muslim yang baik itu, hari ini lebih baik dari semalam"

"hmm.."

"Tengok sahabat Nabi Salallahu 'alaihi Wasallam, Mereka tidak pernah berhenti untuk berbuat baik.. dari sekelompok manusia yang diam-diam beriman kepada empayar-empayar Islam yang hebat, Abassiyyah sampailah empayar Turki Uthmaniyyah kan besar usaha mereka. Tak apalah kecil-pun, asalkan lebih baik dari semalam"



Dan kita tahu kerana kita belajar,
dan kita sedar kalau sudah berazam,
dan kita sama-sama menguatkan untuk istiqamah!

-infiru!

Monday 19 May 2014

Apa Sudah jadi dengan kita ini?

Apa sudah jadi dengan kita ini?
Azan berkumandang tapi masih sombong menyembah Illahi.
Yang ketawa makin ketawa.
Yang bersmart phone dibodohkan teknologi.

Apa sudah jadi dengan kita ini?
Tiada rasa peduli?
Yang miskin dirompak, eh ada pencuri? Akhlak remaja bersisa baki?
"Buat apa aku peduli, mereka yang hidup mereka yang pilih"

Apa sudah jadi dengan kita ini?
sesat menyesatkan.
Umpama tauhid itu sengaja kita kotorkan.
Itu untuk agama, agama untuk ini?
Kau tahu bukan... ramai yang tidak tahu pasal agama...

Apa sudah jadi dengan kita ini?
Mengaku Islam itu bersaudara.
Tapi belum apa-apa kau sudah herdik meninggi suara. Lantas manakah yang benar.. yang itu kah..ini kah..

Apa sudah jadi dengan kita ini?
Harta seolah-olah jaminan kita akan senang di dunia. harta seolah kita akan senang di akhirat.
Aku cuba cakap pasal harta kita. Yang kita takut jika kurang kerana sedakah.
Yang kita takut jika bagi orang miskin makan.

Apa sudah jadi dengan kita ini?
Mengaku cintakan Nabi.
Tapi...



Wednesday 30 October 2013

Adamantiumers


[kredit]

Teh dibancuh secukup rasa.
Roti semalam dicubit sedikit dan dimasukkan ke dalam mulut.
Novel Anthem ditarik ke sisi dan membuka terus penanda buku.
E-mail masuk.
Bacaan tergendala, atau bacaan bitangguh seketika.

Jeda.

Mesej daripada Tean. Tiba-tiba hatinya terusik. Antara sentuhan Anthem dengan mesej tadi. Masing-masing menempatkan diri dalam kotak fikirnya. Gembira. Sayu. dan Wow! aku tak silap baca ke? bersyukurlah mudahnya.

Anthem diletak tepi sekali lagi. Mug yang berisi teh dipandang dan memulakan taipan.


[kredit]

**
Wa'alaikumussalam sahabat kaw-kaw sekepala! Eheh! boleh aku gelak keji sebab dah berjaya hasut kau?? Kau beli dekat mana tudung tu? okeh soalan aku quite lejen, tapi seriously nice. Oh I means Osem dan lejen selejen soalan aku tadi. Haha!

Memang kawan...
Yang dibelakang akan terus memburu. Ibarat bayang-bayang pantulan dari cahaya arah atas dan membentuk bayang-bayang yang lain. Aku faham dan akan terus faham!

Adamantium.
Besi. Pernah dengar tak? okay kalau kau ingatlah kata-kata ni.
'Manusia tu boleh jadi ibarat besi, akan keras saat jahiliahnya, akan keras saat cerah masa depannya'
Lebih kurang-kut? heee.

Itu mengenai pendirian, pegangan manusia yang pelbagai, and we act as on what we believes, no?
Aku ada baca buku Anthem ni. Rasa macam nak potong bawang pelan-pelan nak bagi keluar air mata keluar meleleh. Hahaha! tak serius best. Sebab macam kita mungkin? Which I mean.. kata-kata dia membedah otak aku dan hati aku sekali. Tak tau la sebab dia memang part-time doktor bedah or pembantu maybe? ngeee..

Aku petik ni.

Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserve a future.
-HLOVATE

Lejen? epik?
Aku... walau tak selejen mana, boleh tak kali ni aku berharap kita sama-sama mencuba? Eh kalau kau tau results permainan bola semalam, kau nak tau sesuatu ke?

Allah lihat usaha, bukan natijah.
Kau ada masalah nak hadam ke? minum air banyak-banyak. haha!
Memang mudah aku nak taip benda ni keluar dari mulut aku. Dan bukan mudah nak pastikan kita ni macam mana dan apa. Kalau kita nak carry on dengan benda yang dah jadi Complicated-Past-Time, memang itu pilihan, but, bila masa menagih. Akal dah minta sesuatu, picisan iman hampir lelah, kita jadi Adamantium-Present-Time untuk dalam Permenant hidup di sana... kau rasa macam mana? any objection or..? addition.

Jangan bagi background Cengkerik-Effect, sudah. Huuu..

Step by step.

Sebab, Every big thing begin with a single step kan?

Okeh, Tea aku dah nak suam-suam hampir nak jadi Tea tarik ais pun. Hahahaha. transpomer!

Akhir nota kaki:

Dan Tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan
dirinya kepda ALLAH (dengan ikhlas),
Sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, dan pula mengikut agama
Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan ( kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya
[An-Nisaa':125]

Serius, yang mengelap hingus,
:D
Merida 

**

Teh diteguk perlahan. Roti disuap ke mulut. Akal mencari logik, untuk apa aku baca buku ni kali ke 11 eh?

Adamantium.

Tuesday 8 October 2013

Bahagian Kita.

"Aku rasa, masa, fikiran dan tenaga sudah cukup untuk kita berkorban masa ini," Hamra' berkata lantang semasa dia dan Zainab berdiskusi tentang kerja mereka yang terakhir.

"Untuk agama?" Tanya Zainab.

"Ha'ahlaaah... kita belajar kan? pelajar,"

Diam. Angin kipas berlagu rancak.

"Eh, Bilal bin Rabah ke tu eh, yang kena tundih dengan batu bagai, di bawah terik matahari? Besar korban beliaukan... anda tak rasa camtu ke?" Zainab menambah perasa cerita.

"Ish, dia lelaki...," masing-masing mengangguk dan meneruskan kerja.

"How about Sumayyah? Perempuan? tangan lembut dan menggoncang dunia?" Seseorang bertanya di sebelah meja mereka. Lantas mematikan cerita perjuangan mereka.

Bunyi cengkerik berlagu enak memainkan lagu sama seperti kipas. Boleh pilih.

[kredit]

~Sometimes, we don't relized that, we have to WAKE UP people~

Hajj : 27 ada menyebut

Bukan daging yang sampai kepada Allah, namun ketakwaan kita sendiri.
koma.

Thursday 29 August 2013

Tebaran Sayap

Langkah belum mati pada Disember lalu.
Bukan pada cerita Mac lalu,
Bukan terhenti pada hari sebelum Ramadhan, Julai lalu.

Langkah kita masih laku,
Demi menggerak usaha hamba buat ummah yang makin kaku,
Kau dan aku,
Tetap berjalan biar pening berliku.

Sumpah!
Aku lemah. Kembali berjalan tanpa apa-apa ilmu,
Berteka teki, apa akan berlaku?
Kau pun rasa kan? seperti aku?
Demi itu, Kerana Allah, aku kena kuat!

Kerana sandaran kita kena kepada yang Maha kekal,
Baru semangat cekal,

Tuhan,, Jangan persulitkan urusan kami untuk menggapai cita-cita...
Agar doa, air mata dan keringat kedua-dua orang tua kami tidak sia-sia...

Ya Rahman, Engkau cukupkanlah segala keperluan dan hajat kami semasa kami menemui jalan yang buntu.
Kamilah yang berdoa dalam lemah, maka kuatkan!

Tautkan hati kami kerana ingin menimba ilmu. Kerana bukan pada nilai yang murah setiap mardhatillah
Redhalah tiap rezeki yang engkau hadiahkan,

dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami,
kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.
Dan sungguh! Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Ankabut :69]


[kredit]
.

Tuesday 23 July 2013

Bonus

"Aku tak fahamlah..."

"Kenapa anda?"

"Dah pakai tudung, nak lapis-inner bagai. Dah pakai baju lengan panjang begini nak guna handsocks bagai. Stokin dan macam-macamlah," Aida meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Anda suka bonus?"

"Kenapa tanya?" Soalan berbalas soalan.

"Kalau kita suka bonus, begitulah sepatutnya kita menjaga diri, bonus lebih, hadiah lebih,"

"Kalaupun susah. Kan?" kata Aida lemah seraya membayar jumlah stokin pertama yang dibelinya. Kami pun melangkah keluar dari kedai kecil tersebut. Memulakan sesuatu mungkin senang, Istiqamahnya ada jika kita tidak keluar dari apa yang kita mulakan.

In syaa Allah.