Sunday 28 April 2013

Uhm Kan?


Aik, kok begitu?

Kalau dalam surau,  siap selesai menyembah yang Esa, eh tak kan terus sok sek, sok sek?
Pernahkah anda merasakan suatu situasi semasa  anda ingin solat, sedang solat, tiba-tiba…

Datang  Mak Tambun dan Kak Roghayu bercer tentang SALE dalam mall itu. ‘Ini kalilah’ katanya. Tentang mana nak pergi lepas ni. Menyusun plan bilangnya. Nah datang lagi si kak Budijah, memberi pengetahuan henfonnya canggeh hanya perlu sentuh menyentuh? Datang si kak Mulat yang bercerita kedai buku jual buku. Eheh! Eh! Eh! Eh! Semua di surau, masjid, musollah  atau apa-apalah pula tu! Aaaduh duh. Volumenya dikawal. Tapi dapat anda dengar. Masa solat pula tu. Jom muhasabah. Batuk-batuk.

Uhmm. Uhmm….

Tak kan tuan hamba tidak dapat agak mengagak getaran suara anda  boleh didengar?  Siap bertepuk tampar lagi.  Eheh! Ataukah tuan hamba merasakan dalam kocakkan hati anda ‘ah..kenfem dia khusyuk punya. Yalah solatnya lima waktu mesti terlatih bukan?’ Terlatih apa? Khusyuk dengan ada sok sek, sok sek di belakang?  Ataukah anda merasakan, ‘suara aku pelan sahaja. Heheheeh’

Eh kok begitu?

Tuan hamba yang budiman, lagi rupawan dan bergayawan mungkin kita pernah benar mengalami, atau kita pernah sekali, dua kali, sekali-sekala kita pula yang buat. Eh terbuat. Mungkin. Maka, oleh itu, seterusnya, apa kata kita muhasabah. Betul-betul muhasabah punya. Kita bising saat ada hamba lain beribadat soleh iaitu solat! Huhu.

Ada hamba yang penat ingin sekali mengadu. Ada hamba lain yang menjamakkan solat. Ya musafir yang penat. Ah tak kiralah, tapi bila sudah nampak makhluk yang solat,tolong  diam. Ya kita diam kalau ianya hanya duniawi semata. Berikan dia masa bermanja-manja dengan Allah. Atau bahasa directnya, tolong bantu orang lain khusyuk la tuan  hamba.

[kredit]

Duniawi lagi. Isk. Isk. Isk.

Tuan hamba, itulah  kalau kita beringat-ingatkan kan, dengan sabar dan perkara itu baik pula kan.. erm..erm.. Allah kan sudah firman dalam al-quran..

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang berbuat amal kebaikkan DAN berpesan-pesan dengan dengan kebenaran dan kesabaran.
Al- Asr

Bak kata akhi itu, Potong bawang laju-laju!

Wednesday 24 April 2013

Autentik di Sana


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh.
Allahuma soli ‘ala Muhammad. Wa ‘ala alihi wasobbihi Muhammad.

                Salena bergegas ke surau berdekatan. Zohor  sudah tua benar. Dia bertanya kepada hadek-hadek yang keluar rehat daripada kelas… Kelas… kelas agama rasanya. Iyalah dengan kecomelan mereka memakai tudung dan baju kurung dan kehenseman laki-laki memakai baju melayu.. walau tidak sedondon macam budak bandar yang lain. Kalau dilihat  sekali, peh tiada fesyen tu. Eheh! Sedikit merepek.

                “dik, di mana ya tandas?” Salena bertanya buat-buat muka baik.

                “dekat bukit tu. Jauh lagi kak!” tersenyum si adik kena tanya. Hah macam muka baik kan. Heheheh.

                Dia beringat-ingat ada atau tidak dia terbuang hangin atau tidak, berfikir ada tersentuh ajnabi atau tidak. Oh dia meyakinkan hati. Wudhunya masih terjaga. Insha Allah.

                “tak pa lah dik, tq” senyum.

                “tq?” berkerut si hadek.

                “thank you, terima kasih dik”  Salena menjawab cepat dan membuka kasut dan menyimpan di suatu sudut. Stoking salena buka, dan kedengaran ada pelajar lain membaca surah al-fatihah beramai-ramai di dalam. Comel. ‘eh aku ni, dah lambat masih menilai-nilai pula’ desis  Salena yang sememangnya memang suka dengan budak-budak. Kanak-kanak? Ah samalah itu. He.

Gambar hiasan isk! [kredit]

                “Assalamualaikum…” Salena membuka bicara dan membaca doa masuk masjid.

                “Waalaikumussalam, ya ada apa? Oh, anak ni nak solat ya?” ramah mak cik itu merangkap mualimah kanak-kanak  itu menegur. Salena mengangguk. Dalam hatinya, ‘nantilah aku beramah ya mak cik. Nak dating jap. Boleh?’

                Salena memakai telekung pemberian Puan Mama.  Sedikit cuak sebab tiba-tiba satu masjid itu senyap. Dia tidak kisah, arahan makcik agaknya, atau mereka dah pulang rasanya. Salena mengangkat takbir dan sampailah salam terakhir berjaya disempurnakan. Salam terakhirnya, dia terus menoleh kebelakang. Rupa-rupanya semua hadek-hadek yang ada dalam kawasan masjid itu praktikal solat di belakangnya. Termasuk si laki-laki. Salena melihat mak cik. Dia mengangguk memberi isyarat meneruskan.
Hatinya salena sudah sayu,hiba,terusik,gembira,takut dan bercampur baur. Antara yakin atau tidak. Antara percaya atau tidak. Antara penat dan lega, Alhamdulillah  Salena meneruskan juga. Apa lagi mestilah doa. Sabarlah duhai hati. Salena berselawat sekejap untuk menambah yakin dan berta’awudz.

                “bissmillahirahmanirahim, Allahuma afuuwwun kareem tuhibu afwa fa’fuanna ya Allah…”

                “Aminn” Sambut kanak-kanak itu hampir tidak didengari. Mata Salena terasa panas. Ketenangan masuk ke rongga hatinya bagai ingin berdoa semahu-mahunya.

                “Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha kaya dan Engkaulah mentadbir segala urusan alam ini, janganlah Engkau persulitkan urusan hamba-hamba untuk menggapai cita-cita, agar doa,air mata, dan keringat kedua orang tua kami yang mengalir tidak sia-sia…” bergetar suara Salena. Ada tangis di hujungnya. Hadek-Hadek semua sudah mengaminkan dan ada yang menangis. Hati mereka semua menangis. Sama seperti Salena.

[kredit]

                Salena mendoakan untuk mama-mama, papa-papa, mu’alim wa mu’alimat, muslimin dan muslimat samada yang hidup atau mati. Dalam hatinya, moga hadek-hadek semua itu beroleh iman yang tsabat, ilmu yang mantap, menjadi ulama untuk negerinya. Salena mengelap cecair hingus dengan tisu. Mengelap air mata dengan hujung bajunya. Dalam hatinya hendak berdoa semahu-mahunya. Tapi mengingat kelas agama mereka masih ada, dia mencuba mengehadkan.

                Sewaktu bersalam-salam dengan hadek-hadek. Hatinya tidak tahan, tiada kalis tangisan kali ini. Entah, narrator tidak tahu kenapa. Ada adik yang tersenyum happy dapat solat dengan orang baharu, ada yang kelihatan ganjil kenapa Salena nangis. Ada yang mengharap dan ingin menanyakan sesuatu kepada Salena. Ada yang kelihatan masih baru dengan perkara solat. Aduh! Ingin sahaja Salena meluangkan sedikit masa dengan mereka. Duduk semeja dengan Mak cik dan berbual-bual jihadnya dalam medan ini. Murni hatinya.

                ‘ini aku terdampar di sini. Mahukah aku berkhidmat tanpa gaji di sini? Mengajar sesuatu tanpa imbuhan? Apa sahamku untuk sorgaMu ya Allah. Baru nikmat kecil aku lupa besar. Baru ujian kecil aku kecewa besar. Allahuakbar. Ohoi! Aku merungut-rungut tanpa suara di mulut tentang apa-apa yang kurang dalam hidup. Tidak pernah pula aku terfikir di pelusuk ini ada yang kurang. Kurang segala-galanya. Moga usaha setitik dari insan yang berhati jihad besar itu menemukan hadek-hadek dengan mutiara ilmu. Hidayah. Tentang indahnya sorga. Indahnya islam. Indahnya Islam,Iman,Ihsan.  Moga hadek-hadek it terus belajar’ seperti biasa Salena berkata-kata dalam hati sambil melipat kain telekung.

                Rasulullah bersabda : Balighu ‘anni walau aayah.-sampaikan apa-apa dariku walau seayat.
Eh. Banyak habuk masuk mata Salena ketika ini.

                Salena menyalami Makcik. Semasa berlaga pipi, “Mak Cik berpeluh ni nak” serba salah si Mak Cik. Tambah deras air mata di hatinya Salena. Terasa rendah diri kerana peluh yang berpenat-penat ke sini. Berbukit dan jauh. Moga tiap titik peluhmu menjadi saham terindah di sorga. Moga kita berjiran Mak Cik.

                Salena berbisik  kepada Mak cik.“ takpa, teruskan makcik. Moga terus kuat. Insha Allah”

                Dan semoga kesempatan Fardhu lainnya kita berjumpa lagi. Allahu Allah!

Wednesday 17 April 2013

Autentik


                Salena Samadu terkesima.Tergaru-garu tengkuk ‘Eh, tak kan di rumah sendiri pun aku nak malu? Makan segan, ke tandas segan, beristirehat segan, nak ke dapur segan? Haisy! Tak boleh jadi ni. Ni macam nak suruh aku nangis nak minta Puan Emak balik semula ke pangkuan aku ni? Hmm… nak ke Puan Emak? Salen, kau dah besar dah pun salen…’ desis hati Salen seraya taip mentaip dan segera meletakkan dalam folder peribadinya.
‘Apa dalam kepala Salena Samadu… okeh saved!’

[kredit]

                Itulah Salena Samadu, seorang gadis yang selalu bertanyakan diri. Entah kenapa tidak ditanyakan kepada orang lain. Puan Emak dan Tuan Ayah telah berpisah sejak tiga tahun yang lalu. Sejak itu, kehidupan Salena berubah sedikit demi sedikit. Tuan Ayahnya ialah seorang yang tegas tapi penyayang. Baik hati dan pemurah. Tegas-tegas ayah, mukanya akan sentiasa cool seolah-olah tiada apa-apa keajdian yang buruk berlaku. Even Salena merasakan perkara itu teruk peringkat bahagian atau zon. Eheh!

                Hati Salena wara-wiri dengan kehidupannya selepas ini. Belajar atau kerja ataupun apa. Sedangkan Tuan Ayah telah meninggalkan banyak syiling kepadanya untuk melanjutkan pelajaran. Salena sebenarnya takut jika terlalu meyusahkan Tuan dan Puannya. Yalah, Tuan kan jarang sekali menghubungi mereka sekerabat sedarah sedaging. Puan Mama pula telah dilamar oleh seorang Encik dan telah berpindah.
Ya berpindah.

                Begitulah Salena, kadang-kadang akan berpindah ke rumah-rumah kerabatnya. Kakanda sulungnya menetap di Zambaboweh. Kakanda keduanya menetap di Selelosen Sentosa II. Kakandanya yang lain di Melento Nala. Jadi suka hati jantung dan paru-parulah Salena, di mana dia berkenan. Betul? Boleh ka?

                Ah tidak sebenarnya. Dia masih tercari-cari di manakah sepatutnya Salena harus berada. Kadang-kadang, bila Salena terasa sunyi, dia akan terus membuka surat chenta. Berlagu-lagu dalam sendu. Tawadhu atau tidak entah narrator tak tahu. Hanya redha yang dia pinta. Ingin hatinya turut redha dengan kehidupan. ‘Tolonglah hati, jangan sesekali engkau mencoba memaksa aku untuk tak redha. Ini ujian. Mungkin nanti kehidupan kau akan bahagia?’ rintih Salena. Entah mana sudut bahagia itu, tapi Salena sudah terbaca suatu kata-kata nukilan unknown itu, As Long We Have Allah, We Have Eeeeeverything. HUHU.

                Oh unknown, kau antara penjentik semangat Salena yang suka berteka teki teko sendiri. Syukurlah. Salena juga masih bertatih-tatih mengenal jalan-jalan dakwah. Memang penat. Pening. Dan kadang-kadang ralat. Manakan tidak, masih terdapat picisan-picisan manusia yang akan berkata, “Rasanya saya kenal engkau, Jangan menipu hati engkau Salena”. Oh… Wahai, mahu saja Salena membaling kerusi plastik yang baru dibeli untuk kegunaan dalam kamar istirehat. Tentu masih kuat kerusi ini fikir Salena. Tapi dalam Salena berfikir-fikir, Picisan itu sudah menghilang. Selamat.

                Suatu malam, selepas memberi salam terakhir dalam solat isyaknya, salena berdoa seperti kebiasannya  akan berdoa. Itukan sumber kekuatan. “Allahuma, Ampunilah dosa kedua orang tuaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku semenjak kecil, Ya Allah kalau boleh lebih dari itu” amin. Namun, bila dia meng’amin’ kan sahaja doanya, dia mula berdesas-desus. Ada keganjilan dalam doanya.

“Ibu bapaku masih ada dan telah bertambah bilangan orang yang patut aku doakan. Lantas, apa doaku untuk mereka ya, ya Allah? Merekalah yang menjaga kedua ibu bapaku kini. Oh, aku anak sepatutnya berterima kasih. Tuhan saja Maha Pengasih. Kenapa pusaran ego ini membelenggu? Tuan Ayah Samadu tak pernah ajar aku lokek doa begini. Puan Emak juga selalu mendoakan orang lain. Ya Allah… ampuni aku ya Allah. Aku lupa, mereka juga manusia. Yang penat mencari syiling buatku. Tidak aku di sini tanpa mereka…”

[kredit]

Ahh.. terhenyak otak saraf Salena. Baru menyedari. Dia rupanya kurang berdoa. Sedangkan Tuan dan Puannya inginkan kebahagiaan. Meski berada di tempat lain, Olaska, Olasto  atau apakah, mereka juga perlu doa. Bahagia hinggalah sorga. Meski ada tambahan kerabat sebelah sana. Ah… Tersentuh hati Salena. Takut dituntut di akhirat sana. Ya Allah.. Narrator inginkan sorga, begitu juga Salena. Nah banyak cecair mengalir membasahi telekung pemberian Puan Emak. Hijau dan Ungu warna coraknya. Penat sungguh Salena. Kehidupannya penuh tanda Tanya dan kata kerja. Eh?

Eheh.

                ‘Aku kejamkah ya Allah?’ Ah sudahlah Salena, tidurlah dengan lena.

Tuesday 16 April 2013

Bawang Nipis? Kupas Boleh?

Bissmillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum bagi pembaca laman ini. Alhamdulillah kalau ada, kalau tiada pun, alhamdulillah saya masih mampu menulis sebuah coretan dan taip mentaip. eheh. Sebelum tu mari selawat 3 saat. Allahuma solli ala Muhammad, waala alihi saiyidina Muhammad. Rindunya kami sama Baginda. kan?

Masa saya bercerita dengan orang tu dulu, teringat pula saya, teingin hendak berkongsi dengan sesiapa siapa.In sha Allah.

"Persoalan itu bawang."

"Sebab pedih"

[kredit]


"Tak!"

"Eh! Mahal di Malaysia?"

"Ishhh.. Bukan..."

"Jadi? Bawang tu..."

"Perlu dikupas satu persatu, Cantik tak?"

Anda rasa macam mana pula? banyak Anafora, Metafora dan Perlambangan dalam hidup. Hal ini kerana, kita kan makhluk, mesti saling memerlukan. Manusia dan bawang, kali ini ya? Eheh.

Bawang tu pedih, dan perlu dikupas dan ada yang hasilnya berguna ada yang sebaliknya. Macam mana? Win win situation kan? hehe. Tidak ramai antara kita yang akan guna konsep win win ni. Bahkan yang sedang menulis ini juga selalu lupa. Adeh.

Okehla.

Berpusing kepada 'persoalan' tadi, kita kupas satu per satu kemudian ada dapat jawapan, Teringat pula ayat sambungan kawan saya.

Lebih kurang beginilah;

[kredit]


"Cuba anda belek tafsir surah al-Syarh, tu"

"hah, yang mana tu?" Garu kepala , kening bertemu. Hik

" Yang alam nashr...."

"Ohh..okei-okeh.. kenapa?"

"Tengok ayat ke 5 dan 6, sama saja ertinya,"

" Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan.. ayat ke 6..sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan... Tafsir ni dari Indonesia, tapi saya faham la juga... kenapa anda..."

"Maka apabila engkau selesai (daripada sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras, itu ayat ke 7, macam bawang juga kan?"

Ya. kita mesti trying and keep trying.

Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap. -al-Syarh : 8

[kredit]

Tanpa ragu ya Allah. Hanya padaMU.

Friday 12 April 2013

Beliau, Handphone

Handphone saya dan saya ada samanya.
Beliau ada sedikit retak.
Begitulah saya, ada baik, ada retaknya. eh?

Retak-retak handphone saya,
Buruk-buruk ia,
Ya, buruk,
Saya masih guna.

Handphone saya on, saya juga.
Tapi dia silent. Eh saya juga.
Manusia juga perlu diam,
Diam. Diam tapi menyampaikan.

Eh Handphone,
Jangan mati dulu.
Kau kan dari Puan Mama...


Ohoi Duniawi

Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah dalam keadaan ini saya masih mampu mencoret ayat-ayat dalam tinta moden ini. Salam junjungan buat Baginda SAW, Sungguh saya rindu. Tentu anda juga. -Selawat.

Pening! Pening!


[kredit]


Semestinya urusan duniawi itu memeningkan. Kita tidak pernah merancang untuk gagal. tapi terkadang kita yang GAGAL merancang. Allahurabbi...
Terkadang kita terpaksa memikirkan satu-satu benda eh bukan, terpaksa memikirkan benda-benda dalam suatu masa, bertubi-tubi. Pening saya!

Selalu kita mengadu kepada siapa? Laman Muka Buku? dalam Status-status? ermm mungkin..
Pernah seorang rakan saya memberi suntikan semangat. Mengadulah kepada Allah dahulu, kemudian Allah akan ilhamkan kepada kita untuk bertindak. Ohoi! Allah Maha Tahu. Dia tahu siapa yang sepatutnya dengar masalah kita. Itu sangat betul.

Saya merasakan bila saya lemah, masa itulah senang-senang bagi sesiapa makhluk ingin menjatuhkan, menggagalkan, meninggalkan, me dan banyak lagi perkara negatif yang senang diundang. Masa itu syaitan akan berbisik-bisik dengan hodoh kepada kita, memahat-mahat rasa was-was. Aduh!! akukah yang was-was?

Saya kembali bertanya kepada diri.

ataukah saya yang banyak melebihkan duniawi?
menyibukkan diri dengan urusan duniawi?
melupakan ini hanya duniawi?

Lantas...

saya di dunia untuk apa?
bersuka-suka tanpa kerja?
bersenang dan lenang tanpa ada urusan duniawi?

Entah...

Bukan ingin menunjukkan sayalah manusia hebat.
Bukan ingin menunjukkan saya tabah di dunia dalam kalangan sahabat.
Bukan ingin menunjukkan saya gembira tanpa bebanan yang menghambat.

"tidak aku jadikan JIN dan MANUSIA melainkan MENYEMBAH (beribadah kepada) AKU"
Dzariaat : 56

Nah...!!!

Terhenyak saya.


[kredit]

Penat! Penat!

Sememangnya dunia tempat kita berpenat-penat bukan?
Untuk apa lagi berkeluh?

hey Kawan,
You can do anything, NOT everything.

Kerana kita tetap hambaNya.




Wednesday 10 April 2013

Pemberitahuan Suatu Masa

Assalamualaikum, Alhamdulillah..dan selawat buat kekasih hati.

Terbaca entri-entri dari seorang akhi yang inginkan kuasa super saiya!! err..
Angel Pakai Gucci, tu. Alhadmulillah, beliaulah sumber saya menulis, selain saya pandai menulis sejak tahun 1 atau 2 masa tu. ehmph, merepek di situ.

Ada sebuah tajuk yang membuat saya segera terfikir. Suatu situasi.
Kononnya membaca sebuah artikel-artikel langsung abang-abang dai'e, akak-akak dai'e, ikhwah dan akhowat yang mengingatkan kita amalan-amalan lazim, tiba-tiba terasa semacam hendak komen "ya sudah". (di FB atau apa-apa)

Pernah?

Saya pernah teringin buat begitu. Mungkin sudah pernah membuat, terbuat.Ohoi! Entah tujuan saya apa, atau individu eh, senang cerita sayalah. Entah tujuannya apa. Astaghfirullah!

Hati itu suatu part yang paling susah manusia nak jaga. Apalagi kita terlahir di akhir zaman yang sudah jauh dari seni-seni tarbiyah. Allahu.

Pernah dengar tak dai'e mengingatkan "Amalan yang sudah kita buat di dunia, hilang bagai debu bertebaran jika terdapat lintasan riyak,ujub di hati?" atau "Maka tiadalah guna picisan-picisan amalan jika bukan untuk Allah?"

Hmm..

[kredit]


Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.

Furqan:23

Diterangkan


As-Syahid Syed Qutb dalam tafsir Fee Zhilali Qur'an menjelaskan;
Seperti itulah terjadi dalam sekelip mata. Ibarat amalan yang termasuk dalam kategori  هَبَآءً مَّنْثُورًا seperti imajinasi yang akan hilang dengan pantas daripada gambaran pemikiran, diterbangkan dan dicerai-beraikan diudara. Sehingga semua yang mereka kerjakan di dunia dalam bentuk amal kebaikan menjadi hilang ditiup angin. Ianya terjadi kerana semua  amal kebaikan yang mereka lakukan tidak di atas dasar keimanan – yang mengaitkan hati dengan Allah swt dan menjadikan amal saleh sesuai dengan manhaj yang telah digariskan dan dasar yang dikehendakki. Sehingga tidak ada nilai amal baik seseorang yang tidak berhubung dengan manhaj Allah swt. Tidak ada faedah gerakan yang dilakukan tanpa masuk dalam rangkaian gerakan yang mempunyai tujuan tertentu. 
Allahu Allah..
Bagaimana ya?
adakah kita beramal untuk menunjukkan kitalah hamba yang...
adakah amal itu sekadar menunjukkan yang...
Saya bukanlah ingin membuat anda berasa sangsi. Terpulanglah. Bahkan saya ingin segera mengingatkan diri saya sendiri agar menjaga apa yang kita buat, apa yang kita niat.
"eleeh, orang lain manalah tau.."
Yalah.. Akhiratkan ada. Itulah pemberitahuan suatu masa.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud ; (Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat di hadapan ALLAH sehingga disoal tentang lima perkara; tentang umurnya, waktu mudanya,dan hartanya daripada mana ia dapat dan bagaimana membelanjakannya, dan apa yang dia amalkan daripada ilmunya)
( Riwayat  Ibnu Hibban & Tarmizi )
Masa itulah yang haq dan batil terbongkar, masa itulah kita tahu, tup tup amalan yang terasa banyak sia-sia. Nau'zubillah. Moga kita terpelihara. Moga hati kita sihat inginkan redhanya semata. Ya Allah.. Jadikan kami perindu syurga teratasMu. Kasihanilah kami. Bimbinglah kami. Amin
Menjadilah hamba yang taat. Allahu Akbar!
(,) koma

Tuesday 9 April 2013

Puan Mama

Tiap jerih dan payah,
kau akan hadir. Tetap hadir.

Ada kala hatiku lancang bersangka-sangka,
Astaghfirullah,

Aku tegur egoku,
biar tunduk sayu,

Syurgaku ada padamu,
Doakanku, redhailahku,

Puan Mama..

Aku semakin faham erti semuanya, Bantulah aku untuk terus memahami
Biar aku semakin mengerti yang kau sebenarnya Kasih.

Jauh atau dekat,
Kita tetap bekasih,

Ma..

[kredit]

Wednesday 3 April 2013

Kalian yang Berharga!

Bissmillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakaatuh. Alhamdulillah dan salam selawat buat kekasih hati yang dikurniakan surah-surah rindu dalam al-furqan. Senyum.

Dahulu kala, ketika diri terhijab dari sinarnya tarbiyah, dari seninya hidayah, terhalang dari zarah-zarah cintanya hamba kepada hamba kerana Allah, saya ditakdirkan untuk merasai keadaan manusia yang jauh dari islam. tidak kenal erti 'ukhuwah fillah', 'ukhuwah ilallah' dan jauh sekali untuk mengertikan 'uhubuki abadan abadaa ilallah till jannah'. Tapi saya tetap sayang mereka. Nanti kita bertatih bersama kenal cinta Allah ya. Ia manis sebab AllahuRahman.

Itu pada suatu zaman dahulu. Huhu. Sebab masing-masing mencari keseronokan. Semuanya untuk suka-suka. Saya lupa atau apa, entahlah. Tapi mengesali sesuatu yang sudah berlalu itu bukan tidak perlu, Bahkan jadikan ia sempadan untuk kita untuk menjadi lebih baik. lebih baik bersyukur, berlapang dada, berdoa dan tersenyum sebab..eh banyak sebab. :)

Bertemu pula dengan rakan-rakan yang hebat. Semua indah memuji Tuhan. Bercerita tentang Sang kekasih SAW. Subahanallah. Saya terdiam. Malu. Ya, saya dahulu (hingga kini sebenarnya) masih malu-malu kucing hendak berteman dengan mereka-mereka. Mungkin lebih tepat, segan. Maklumlah semua hebat. Tapi izinkan saya bergumbira punya teman seperti kalian.

Teman-temanku, andai kita belum sedar erti sebuah persahabatan, mari kita berdoa minta pengertian. Teman lama dan baru, Semua akan masuk dalam hidup dan menjadi sebuah ceritera indah atau sebaliknya. Aku sayang kalian.

[kredit]

Kalau hati boleh membuat taman, bunga-bunganya kita tanam bersama dan pilih bunga bersama. Itu perasaan.

Kalau hati boleh di dekorasi semula, izinkan saya meletakkan hiasan-hiasan yang indah untuk teman-teman.

Kalau hati boleh diletakkan impian. Izinkan pula saya menggapainya bersama anda. Semua anda.

Andai hati ini boleh mengucap kata-kata yang terbaik, izinkan saya meletak nama kalian dan mengucapkan salah satu kalimah...

"Terima Kasih Kawan"

Tumpangan

[kredit]

Aku di tumpangan. Fana lagi sementara.

kadang-kadang menumpang dengan rasa yang dicampak. Ada gembira. Ada sedih. Duka. Riang dan tawa.

Aku gembira dan ia hilang. Aku bersedih pantas diganti sesuatu untuk menghiburkan.
siapalah aku yang hendak bermegah. Aku berharta, dia juga. dia,dia dan yang lain ada juga. bezanya ada yang sikit ada yang banyak. 

ada yang cakap; ikut usaha.
bila sudah berusaha dan hasilnya sikit; itukan ujian.
namun itu bukan persoalan.

Tapi.. itulah aku cuba ingatkan untuk diri. Tiada salah menumpang asal tahu siapa tuan dan Tuhan.

Semuanya pinjaman!

Hujan.Muka Buku.dan Aku.

8.08am.

Telat! alamak. Apa yang aku buat semalam?

Bercerita,ketandas, cerita dan cerita dan cerita akhirnya tertidur. Nasib keadaan waktu itu sedang ralat untuk bercinta dengan kekasih. 5 waktu terpaksa aku tangguh. eheh.

Nur al- iman. Cantik kan nama itu? aku juga terpesona dengan kecantikan agamanya. Hari itu bermula kami bertemu. Terbayang  benakku dek lagu Najwa Latif yang bergumbira bersama lirik lagunya yang berjaya dalam beberapa anugerah dan oh ya yang hampir sama dengan kisah kami. Ehek.

"kita berkenalan hanya dalam laman muka buku.."

[kredit]

err. mungkin itu saja part kami yang sama dengan kisah dalam lirik lagu Najwa Latif. hik.

Tapi nukilan ini bukan untuk samakan kisah aku dengan Cinta Muka Buku. Bukan pula hendak samakan dengan anugerah-anugerah yang dimenangi oleh beliau. Pastinya aku panjatkan doa, moga hari yang mendatang akan hadir dengan hikmah biar sekecil cuma. Sayangnya Allah. Maha Suci Allah.

Aku hanya ingin memahat sebuah ukhuwah halal yang manis dalam tinta kali ini. Maka terpetik sebuah kata-kata..

kalau anda, kamu, dan saya sendiri berukhuwah fillah tanpa vibrate-vibrate salah sangka dan curiga, ahah! manis rasanya. Mekar. Segar.

apa lagi jika jatuh cinta kerana agamanya. Jatuh cinta dengan kawan. Sesama jantina. Pelik?ya ada yang rasa pelik bila cinta sesama kawan. aiseh. jangan.. sebab lagi halal dan tidak memudaratkan selagi risiko boleh di tanggung dan atas nama 'ukhuwah fillah' :)

jangan disalah ertikan.

eheh.

mencari kawan jgn seribu, sebab seribu itu belum tentu cukup.
mencari musuh jangan satu. sebab yang satu itu pasti lebih dari cukup. Banyak.



itulah hakikat aku dapat. Moga ia kekal dalam lipatan sejarah yang tidak ingin aku tutup rapat. aiseh. :)

dan semua itu berkoma.
^^,