Wednesday 24 April 2013

Autentik di Sana


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh.
Allahuma soli ‘ala Muhammad. Wa ‘ala alihi wasobbihi Muhammad.

                Salena bergegas ke surau berdekatan. Zohor  sudah tua benar. Dia bertanya kepada hadek-hadek yang keluar rehat daripada kelas… Kelas… kelas agama rasanya. Iyalah dengan kecomelan mereka memakai tudung dan baju kurung dan kehenseman laki-laki memakai baju melayu.. walau tidak sedondon macam budak bandar yang lain. Kalau dilihat  sekali, peh tiada fesyen tu. Eheh! Sedikit merepek.

                “dik, di mana ya tandas?” Salena bertanya buat-buat muka baik.

                “dekat bukit tu. Jauh lagi kak!” tersenyum si adik kena tanya. Hah macam muka baik kan. Heheheh.

                Dia beringat-ingat ada atau tidak dia terbuang hangin atau tidak, berfikir ada tersentuh ajnabi atau tidak. Oh dia meyakinkan hati. Wudhunya masih terjaga. Insha Allah.

                “tak pa lah dik, tq” senyum.

                “tq?” berkerut si hadek.

                “thank you, terima kasih dik”  Salena menjawab cepat dan membuka kasut dan menyimpan di suatu sudut. Stoking salena buka, dan kedengaran ada pelajar lain membaca surah al-fatihah beramai-ramai di dalam. Comel. ‘eh aku ni, dah lambat masih menilai-nilai pula’ desis  Salena yang sememangnya memang suka dengan budak-budak. Kanak-kanak? Ah samalah itu. He.

Gambar hiasan isk! [kredit]

                “Assalamualaikum…” Salena membuka bicara dan membaca doa masuk masjid.

                “Waalaikumussalam, ya ada apa? Oh, anak ni nak solat ya?” ramah mak cik itu merangkap mualimah kanak-kanak  itu menegur. Salena mengangguk. Dalam hatinya, ‘nantilah aku beramah ya mak cik. Nak dating jap. Boleh?’

                Salena memakai telekung pemberian Puan Mama.  Sedikit cuak sebab tiba-tiba satu masjid itu senyap. Dia tidak kisah, arahan makcik agaknya, atau mereka dah pulang rasanya. Salena mengangkat takbir dan sampailah salam terakhir berjaya disempurnakan. Salam terakhirnya, dia terus menoleh kebelakang. Rupa-rupanya semua hadek-hadek yang ada dalam kawasan masjid itu praktikal solat di belakangnya. Termasuk si laki-laki. Salena melihat mak cik. Dia mengangguk memberi isyarat meneruskan.
Hatinya salena sudah sayu,hiba,terusik,gembira,takut dan bercampur baur. Antara yakin atau tidak. Antara percaya atau tidak. Antara penat dan lega, Alhamdulillah  Salena meneruskan juga. Apa lagi mestilah doa. Sabarlah duhai hati. Salena berselawat sekejap untuk menambah yakin dan berta’awudz.

                “bissmillahirahmanirahim, Allahuma afuuwwun kareem tuhibu afwa fa’fuanna ya Allah…”

                “Aminn” Sambut kanak-kanak itu hampir tidak didengari. Mata Salena terasa panas. Ketenangan masuk ke rongga hatinya bagai ingin berdoa semahu-mahunya.

                “Ya Allah, ampuni segala dosa-dosa kami. Sesungguhnya Engkau Maha kaya dan Engkaulah mentadbir segala urusan alam ini, janganlah Engkau persulitkan urusan hamba-hamba untuk menggapai cita-cita, agar doa,air mata, dan keringat kedua orang tua kami yang mengalir tidak sia-sia…” bergetar suara Salena. Ada tangis di hujungnya. Hadek-Hadek semua sudah mengaminkan dan ada yang menangis. Hati mereka semua menangis. Sama seperti Salena.

[kredit]

                Salena mendoakan untuk mama-mama, papa-papa, mu’alim wa mu’alimat, muslimin dan muslimat samada yang hidup atau mati. Dalam hatinya, moga hadek-hadek semua itu beroleh iman yang tsabat, ilmu yang mantap, menjadi ulama untuk negerinya. Salena mengelap cecair hingus dengan tisu. Mengelap air mata dengan hujung bajunya. Dalam hatinya hendak berdoa semahu-mahunya. Tapi mengingat kelas agama mereka masih ada, dia mencuba mengehadkan.

                Sewaktu bersalam-salam dengan hadek-hadek. Hatinya tidak tahan, tiada kalis tangisan kali ini. Entah, narrator tidak tahu kenapa. Ada adik yang tersenyum happy dapat solat dengan orang baharu, ada yang kelihatan ganjil kenapa Salena nangis. Ada yang mengharap dan ingin menanyakan sesuatu kepada Salena. Ada yang kelihatan masih baru dengan perkara solat. Aduh! Ingin sahaja Salena meluangkan sedikit masa dengan mereka. Duduk semeja dengan Mak cik dan berbual-bual jihadnya dalam medan ini. Murni hatinya.

                ‘ini aku terdampar di sini. Mahukah aku berkhidmat tanpa gaji di sini? Mengajar sesuatu tanpa imbuhan? Apa sahamku untuk sorgaMu ya Allah. Baru nikmat kecil aku lupa besar. Baru ujian kecil aku kecewa besar. Allahuakbar. Ohoi! Aku merungut-rungut tanpa suara di mulut tentang apa-apa yang kurang dalam hidup. Tidak pernah pula aku terfikir di pelusuk ini ada yang kurang. Kurang segala-galanya. Moga usaha setitik dari insan yang berhati jihad besar itu menemukan hadek-hadek dengan mutiara ilmu. Hidayah. Tentang indahnya sorga. Indahnya islam. Indahnya Islam,Iman,Ihsan.  Moga hadek-hadek it terus belajar’ seperti biasa Salena berkata-kata dalam hati sambil melipat kain telekung.

                Rasulullah bersabda : Balighu ‘anni walau aayah.-sampaikan apa-apa dariku walau seayat.
Eh. Banyak habuk masuk mata Salena ketika ini.

                Salena menyalami Makcik. Semasa berlaga pipi, “Mak Cik berpeluh ni nak” serba salah si Mak Cik. Tambah deras air mata di hatinya Salena. Terasa rendah diri kerana peluh yang berpenat-penat ke sini. Berbukit dan jauh. Moga tiap titik peluhmu menjadi saham terindah di sorga. Moga kita berjiran Mak Cik.

                Salena berbisik  kepada Mak cik.“ takpa, teruskan makcik. Moga terus kuat. Insha Allah”

                Dan semoga kesempatan Fardhu lainnya kita berjumpa lagi. Allahu Allah!

No comments:

Post a Comment