Tuesday 23 July 2013

Bonus

"Aku tak fahamlah..."

"Kenapa anda?"

"Dah pakai tudung, nak lapis-inner bagai. Dah pakai baju lengan panjang begini nak guna handsocks bagai. Stokin dan macam-macamlah," Aida meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

"Anda suka bonus?"

"Kenapa tanya?" Soalan berbalas soalan.

"Kalau kita suka bonus, begitulah sepatutnya kita menjaga diri, bonus lebih, hadiah lebih,"

"Kalaupun susah. Kan?" kata Aida lemah seraya membayar jumlah stokin pertama yang dibelinya. Kami pun melangkah keluar dari kedai kecil tersebut. Memulakan sesuatu mungkin senang, Istiqamahnya ada jika kita tidak keluar dari apa yang kita mulakan.

In syaa Allah.

Monday 22 July 2013

Entah Esok

Hari itu, Salena datang pada waktu yang hampir lewat. Hampir sumua saf penuh. Ramai hambaNya yang berlumba-lumba menunaikan ibadah sunat bulan Ramadhan itu, Terawih. Salena sendiri belum pernah ke masjid tersebut. Hidupnya kini bukan sesuka hatinya lagi, Alhamdulillah, Salena masih lagi menjadi pilihan Allah, untuk beribadat terawih pada malam itu. 

[kredit]

'Entah esok bagaimana' bisik hatinya.

Hatinya tenang tatkala memasuki rumah Allah itu. Matanya terus terhenti kepada seorang wanita tua yang berada di kanan saf hadapan. Tegar dan tabah, tersenyum lagi Salena.

Esok dan hari-hari seterusnya bila Salena menjadi tetamuNya, dia suka melihat Nenek Tua yang sama tegar berada di saf hadapan paling kanan.  Kagum sekagum-kagumnya.

'Aku yang muda saja selalu lewat' desis hatinya lagi.

Malam itu Salena terasa seperti hilang sesuatu pada pemandangan malamnya. Matanya melilau mencari kelibat tua yang selalu menghiasi saf hadapan. Tiada. Salena menunggu dan tetap memberi ruang. Tetap tiada.

'Sakit agaknya' Andaian Salena.

Malam ketiganya, Salena masih mencari.

'Nek, Muslimah-muslimah itu mahukan keselesaan berdekatan kipas meniup angin berbanding merapat ke saf ini, mereka lebih memilih yang dekat pintu nun, aku tahu panasnya berada di tepi kali ini, aku tahu bagai mana panasnya bumi ini, nek, makin kurang saf-saf saban malam. Kuatkan diri dan nafasmu di Ramadhan ini. Agar aku terinspirasi melihat dirimu yang uzur perlahan melangkah kuat beibadah. Nenek yang tidak kukenali, datanglah lagi. Bagi aku panahan lagi bila masa Allah memilih kita terus beribadah di dalam rumahNya akan mengalir hawa ketenangan.

Aku akan doakan kau kuat, biar badanmu ralat,'

'Aku ini entah esok bagaimana' bisik Salena lagi dan lagi.

Sunday 21 July 2013

Kau Tahu Sahabat?

Aku menapak setapak,
Kulihat dia sedia bersedih bertanya,
"Tuhan, bila masaku lagi?"
"Akan adakah masa kedua untukku?"


[kredit]
Sahabat,
Aku hanya setapak,
Bukan di puncak,
Belum masa memuncak,

Sahabat,
Ada kalanya aku juga takut,
Kerana kau tidak berjuang bersamaku di arena yang sama,
Kita tidak lagi berkongsi cerita sesuka duka,
Tidak lagi kita berlumba sambil membawa semangat di tempat yang sama.

Kalau...
Kalau kau ingat aku sudah di atas awan melintasi pelangi gembira,
Risiko kau, kau salah.
Salah mengerti.

Aku gugup melangkah tika ini,
khabar langkahku akan memanjang masih suram,
Dunia sana aku belum pasti,
Gembira dijanji,
Atau duka berlembar.

Aku ingat lagi,
Pendakian dahulu,
kita sama-sama penat,
Sama-sama,
Kau kata, jangan sedih dengan pendakian,
kerana kita akan ke puncaknya,

Jangan pula gembira berada di puncaknya,
Kerana di puncak,
Akan ada penurunannya,
Sakit menurun,

Bersederhana,
Bersederhanalah.

Sahabat,
Kau pastikan lagi,
Kau akan terus di jalan dan gerabak ini,
Kerana aku takut,
Ummah semakin ralat,
Aku tahu ramai di gerabak yang penat,

Semuanya ingin kejayaan yang satu,
Dan bukan mutlaknya kita hanya berjuang di tempatku,

Kau di situ,
Aku di sini.

Berdoa kita.
Moga Dia Redha.

Friday 5 July 2013

Permainan Memainkan.

[kredit]

Bukankah ayatKu telah dibacakan kepadaMu,
tetapi kamu selalu mendustakannya?
[al-Mu’minun : 105]

Allah. Allah. Allah.

Jadi, siapa yang berpaling? Siapa yang mencari alasan lagi? Siapa lagi yang terlepas dari semua ini?  Siapa lagi yang tidak terketuk dek sebaris ayat Allah tadi? Kita. Kita yang pekakkan telinga yang mendengar, butakan mata yang melihat, mendiamkan bibir yang berkata. Kita lupakan sejarah. Bagaimana kerajaan Islam yang dibina hancur, kita diamkan. Kita biarkan. Yang lupa, manusia.

Lantas, apa lagi yang kita pertikaikan hari akhirat nanti? Hari kiamat nanti? Wahai… hidup ini bukan mainan antara Sang Harimau  melawan Sang Garuda sahaja. Bukan pasal Tok Kaduk yang malang kita ketawakan. Antara kisah kancil mengecilkan musuh yang buas. Yang buas dengan tamak.

Hujung hidup ini pasti. Pasti mati. Mati bagaimana? Mati diam? Menanti sorgaNya yang terang? Atau kehidupan kekal yang kelam? Allahua’lam…

Wahai… sudah Allah gambarkan, yang mati pasti ramai yang ingin diberikan peluang. Diberi nafas yang lama dan ingin membaharukan amalnya untuk  mati kali kedua dan beramal soleh. Mati kali ketiga dan beramal soleh, keempat soleh dan apa? Mustahil… Mati sekali matilah. Sekujur tubuh yang hidup bermain sekejap di dunia akan mengahadap ilahi jua. Akan ditanyakan apa fiilnya di dunia. Bayangkan kita muflis. Muflis dari bekalan, muflis walhal ayat peringatanNya banyak dan luas. Allahu!

Mereka berkata
“ Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami,
dan kami adalah orang-orang yang sesat.
“Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami darinya (kembalikan kami ke dunia),
jika kami masih juga kembali kepadanya (kekafiran),
sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim”
[al-Mu’minuun : 106- 107]

            Mati itu tazkirah. Benar, tapi untuk siapa? Untuk apa? Maut menjemput pasti dan sentiasa menjadi rahsiaNya.  Tidak terjangkau dek akal kita untuk tahu apa yang berlaku di bawah sana. Mati kita bagaimana. Perkhabaran kita yang diberi rupanya apa. Tiada lagi lagu sesalan yang didengarkan. Tiada lagi imunisasi diberi sekali sekala. Ramai yang minta dihidupkan semula. Kita masih celik. Akal kita Alhamdulillah sihat diberi. Gunalah. Jangan hingga cukup terlambat. Cukup menyesak. Cuma sekejap sahabat. Mainan ini Cuma sekejap

Dia (Allah) berfirman,
“Tinggallah dengan hina di dalamnya,
dan janganlah kamu berbicara dengan aku,”
[al-Mu’minuun 108]

            
Mahukah kita mendapat jawapan ini pada hari itu kelak? Allah. Allah! Wahai…

Dia (Allah) berfirman,
“Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
Mereka menjawab,
“kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari
maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung,”
Dia (Allah) berfirman,
“Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja,
jika kamu benar-benar mengetahui

[al-Mu’minuun : 112-114]
            
Cuma tinggal kita lagi yang memilih, mainan ini yang seronoknya sebentar atau negeri abadi yang kekal. Kita bertangguh meneka masa maut, atau beralasan penuh kronologi. Kita merintih iniginkan kasih sayang yang luas, hak mainan di dunia, tanpa sedar kita main dengan kupon yang kosong. Kita percaya dengan kontang dan sentiasa mengharap datang belas kesedaran.

Maka apakah kamu mengira bahawa
Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud)
dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

[al-Mu’minuun : 115]

            Wahai, Allah tidak akan mensia-siakan sititik USAHA dan walau sekecil zarah. Pasti dibalasnya. Teruslah mencari permata antara kaca. Biar kaca menyakitkan. Teruslah mencari alasan kenapa kita dicipta. Teruslah mencari harapan yang lebih panjang dan terang. Yang bukan memainkan. Teruslah mencari usaha sekecil zarah walau hati kita lelah dan lemah. Mencarilah lagi dalam cahaya yang suram, doalah minta jalan yang terang. Supaya kita untung di negeri yang kekal.

Teruslah bermain dan bawa amalan yang kekal. Teruslah mencari!

Dan katakanlah (Muhammad)
“Ya TuhanKu, Berilah ampunan dan (berilah) Rahmat,
Engkaulah pemberi Rahmat yang TERBAIK”

[al-Mu’minuun : 118]


-Koma bernoktah-