Sunday 21 July 2013

Kau Tahu Sahabat?

Aku menapak setapak,
Kulihat dia sedia bersedih bertanya,
"Tuhan, bila masaku lagi?"
"Akan adakah masa kedua untukku?"


[kredit]
Sahabat,
Aku hanya setapak,
Bukan di puncak,
Belum masa memuncak,

Sahabat,
Ada kalanya aku juga takut,
Kerana kau tidak berjuang bersamaku di arena yang sama,
Kita tidak lagi berkongsi cerita sesuka duka,
Tidak lagi kita berlumba sambil membawa semangat di tempat yang sama.

Kalau...
Kalau kau ingat aku sudah di atas awan melintasi pelangi gembira,
Risiko kau, kau salah.
Salah mengerti.

Aku gugup melangkah tika ini,
khabar langkahku akan memanjang masih suram,
Dunia sana aku belum pasti,
Gembira dijanji,
Atau duka berlembar.

Aku ingat lagi,
Pendakian dahulu,
kita sama-sama penat,
Sama-sama,
Kau kata, jangan sedih dengan pendakian,
kerana kita akan ke puncaknya,

Jangan pula gembira berada di puncaknya,
Kerana di puncak,
Akan ada penurunannya,
Sakit menurun,

Bersederhana,
Bersederhanalah.

Sahabat,
Kau pastikan lagi,
Kau akan terus di jalan dan gerabak ini,
Kerana aku takut,
Ummah semakin ralat,
Aku tahu ramai di gerabak yang penat,

Semuanya ingin kejayaan yang satu,
Dan bukan mutlaknya kita hanya berjuang di tempatku,

Kau di situ,
Aku di sini.

Berdoa kita.
Moga Dia Redha.

1 comment: