Tuesday 6 October 2015

Semangat inci seinci-

Menjadi kebiasaan aku selepas berkahwin, bangun subuh sembah dan agungkan pencipta yang masih sudi memberi nyawa kemudian lipat telekung. Selimut? siapa lambat bangkit dari katil dia lipat. haha! okay tipu.

Sejurus mengaminkan doa, aku bangkit menuju dapur. Buat segala hal yang wajib aku jaga. Makan dan selera inche suami. Ya biar awal pagi! aku ini bukan juga kategori yang pagi-pagi buta kemudian mengasapkan kawasan dapur sewaktu bujang. Apatah lagi aku ini membesar di asrama. Anda faham-faham sajalah. Tapi itu bukan alasan kau.

Kalau kau tahu itu tanggungjawab,
Kalau kau sedar kau bukan bujang,
Kalau kau tak anggap benda sebegini membebankan masa-masa kau,

Namun pagi itu aku bangun lebih awal dari biasa dan masak lebih awal dan semestinya siap berperang di arena dapur lebih awal. Lantas aku baring malas-malas melayan sendi otot yang belum aku tegangkan. Sementara menunggu masa-masa akhir untuk bersiap ke kelas, aku mengacau-ngacau Inche Suami yang sedang menghafal pelajarannya.

"bangunlah, pergi bersiap" ujar dia melihat aku hampir yang hampir tertidur.

"Inche, bagilah saya kata-kata semangat" aku balas.

"semangat?" "yaaa.. bagilah.. kelas saya awal hari ini"

Dia diam kemudian berkata "Seorang muslim yang baik itu, hari ini lebih baik dari semalam"

"hmm.."

"Tengok sahabat Nabi Salallahu 'alaihi Wasallam, Mereka tidak pernah berhenti untuk berbuat baik.. dari sekelompok manusia yang diam-diam beriman kepada empayar-empayar Islam yang hebat, Abassiyyah sampailah empayar Turki Uthmaniyyah kan besar usaha mereka. Tak apalah kecil-pun, asalkan lebih baik dari semalam"



Dan kita tahu kerana kita belajar,
dan kita sedar kalau sudah berazam,
dan kita sama-sama menguatkan untuk istiqamah!

-infiru!

No comments:

Post a Comment