Thursday 13 June 2013

Share Shukur

Hari itu aku puasa sunat hari khamis. Perkara ini ialah perkara biasa bagi sekolah lamaku. Malah yang tidak berpuasa akan kekok pada hari isnin dan khamis. Tiada salah, tapi uruf sekolahku mendisiplinkan kesabaran. Semasa menahan lapar dan diri , keadaan jam 5 petang ialah waktu puncak, semua muka akan berseri-seri hendak bersiap-siap berbuka puasa. Aku pernah jugalah menjadi antara mereka yang akan tertunggu-tunggu masa bersungkai.

Tapi kali ini aku berbuka sendiri. Puasa sendiri-sendiri di rumah untuk latihan sebelum tiba bulan Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa tanpa gagal jika tiada uzur syarie. Terasa hari itu sangat panjang. Kalau di sekolah, entah bagaimana aku boleh kuat untuk bergerak aktif. Mungkin jasadku sudah terbiasa bermanja di rumah. Habis satu kerja di rumah hampir tiada yang sempurna. Aku mengakuinya.

Aku teringat masa di sekolah,  Aku dan rakan-rakan akan tertunggu-tunggu apakah juadah hasil pakcik- makcik dewan makan. Itulah salah satu punca rezeki tetap untuk kami setiap hari. Asrama katakan. Alhamdulillah. Aku dan sahabat karibku akan ke kantin sekiranya tidak puas. Nafsu? Mungkin, tapi setiap kali berbuka, memang kami akan ke kantin. Membeli ‘sup kosong’. Lauk yang ada seolah tidak wujud. Ia bagaikan nasi kosong dan sup kosong ialah juadah yang ditunggu-tunggu. Hari itu seolah kami bosan dengan juadah tiap minggu kami itu.

“ Aku bosanlah pula kali ni…,” aku membuka bicara.

                “ eh samalah…,” temanku.

“ kita patah balik ke dewan makan lah… ya?”

“ Ok ,”
Semasa balik dari kantin, kami mendapati puteri yang beratur sangatlah panjang. Menyesal. Ya  kadang-kadang kita lupa bersyukur dengan apa yang sudah ada di depan mata tanpa kita sedari nafsu menginginkan yang lain. Walhal yang ada mungkin sudah cukup baik dan lebih menjamin daripada yang lain. Kami tetap bersabar. Mungkin ini padahnya selalu membazir makanan yang sudah dimasak di dewan makan kami ini.

                Semasa kami duduk, azan telah berkumandang 3 minit yang lalu. Kami pun makan dengan penuh berselera dan tetap berceria.

                “ Sedap,”

                “ Siapa cakap tak? Lain kali jangan membazir,”  keluar juga perkataan keramat ini selain perkataan keramat ‘sedap’ tadi.

                “ Bersyukur,”
[kena kuatkan akar nafsu, biar tidak sewenangnya lemah menjalar. Kredit]


                Kami pun menyudahkan suapan dan bergegas ke surau. Kisah itu beberapa bulan yang lalu masa aku masih bersekolah di sana. Kini aku sendiri dan berfikir, siapa yang akan berkongsi rasa syukur ini dan share makanan supaya tak membazir? Ah balighna ramadhan ya Allah. Amin.

No comments:

Post a Comment