Friday 3 May 2013

Autentik Sendiri

Bagaimana ya sebutir nasi yang jatuh dari piring, mangkuk, periuk dan apa-apa sahajalah dari tangan anda? ada terasa sesuatu ka? ala.. macam rasa sayang pula... huhuhu.. Ada?

uhm. uhm. ada rasa ka? [kredit]

Hari itu Salena memasak seorang diri. Yalah namanya bujang. walaupun dirinya tahu masakannya tidak seenak masakan Puan Mama... Dia tetap masak. Terngiang-ngiang suara Puan Mama kalau dia buat satu kerja itu. Ah banyak kerja sebenarnya yang mengingatkan Salena kepada Puan Mama. Tabah saja lah. Tenang-tenang.

"Api ni jangan kuat" Puan mama mengajar.

"Kalau tak kuat, bukan apilah namanya ma..." Jawab Salena.

"Salena, Api tu panas. kita yang kawal... marah dari syaitan, syaitan dari api... kalau nak kawal marah..."

"ambillah wudhu ya Mama?"

"pandai. tak sia-sia hantar tadika kelmarin" Puan Mama senyum meleret. Salena Kaget. Kelmarin ya? hu...hu...hu...

"jadi apa kaitan api dan marah dan masakan dan semuanya ni Puan Mama??" Salena bertanya tanda otaknya belum menghadam leteran berbau nasihat Puan Mama.

"Yang kamu masak ni guna api kan? letaklah kasih sayang tu sikit. Masak dengan ikhlas. Ni muka macam mau tak mahu saja. tahulah masakan kamu tu hm... tapi kalau ikhlas... insha Allah..."

Prangg!! piring jatuh, ada baki nasi di dalamnya. Terbantut lamunannya.

Terkejut Salena, mau terlompat pun ada. Nasib sudah selesai sesi menggoreng ikan kesukaan Tuan Ayahnya.

"Kucing ni, kalau ya pun lapar, janganlah jatuhkan nasi ni. ni elok lagi ni" Salena membebel geram. Seorang pula tu. Hish, malas masak nasi semula lah tu. Batuk-batuk.

"Ustazah nak tahu, kalau roti kamu jatuh di lantai yang bersih, kamu ambil lagi tak?" tazkirah Ustazah Sumayyah, Kuliah Jumaat di sekolah dulu. Salena terflash back lagi.

Semua mata masih tertumpu kepadanya. Diam. Tenang dan sejuk.

"Kalaulah Rasulullah lihat kamu sewenang-wenangnya membuang makanan macam mana?"

Ahh masa itu, kepala Salena bagai tertunduk mengingat kembali makanan yang selalu dibazirkan sebabnya tdak sedap.

"Kalaulah Rasulullah tahu kamu kompelin-kompelin makanan yang kamu tak berkenan macam mana?" Soal ustazah Sumayyah lagi. Salena menunduk. Bukan mengantuk. Terasa dan tersepit.

Peluh Kecik.

Dan ingatannya pada tazkirah itu disimpan terus dalam fail ingatannya. Biar hidup bersunnah. Moga dihiasi dengan perkara indah-indah dari baginda. Biar tak perfect, tahu dan amal itu yang aku mahu fikir Salena.

Tazkirah itulah membuatkan dia tersenyum dengan apa adanya makanan di hadapannya. Mahu komplen, dalam hati. Ah mula-mula memang susah. Loh.. lama-lama Biasalah...

Eheh.

Salena membuka siaran TV bukan kesukaan tegarnya. Ada iklan merapu, Salena pindahkan. 'Hu.. kalau ada Puan Mama, pasti aku dimarahi, makan depan TV' Teringat lagi dia.

'Tapi sekarang aku nak makan dengan siapa? kira bolehlah kan?' masih berdesis.

Baharu sahaja hendak membaca doa makan, layar TV menayangkan sebuah dokumentari Somalia Kebuluran. Salena bangkit. Mencapai telefon berkuasa 3G. 3G sahaja Salena mampu. Baguslah tu.

Make a video Call... Puan MamaKu Sayang. Call.

dan...

"Assalamualaikum Puan Ma.." bergetar.

Air mata Salena menitik lagi.
[kredit]

1 comment:

  1. Cerita ini kesinambungan lagi dari cerita-cerita Autentik. ya... Auentik satu sahaja. ehehehhe....

    ReplyDelete