Friday 3 May 2013

Autentik Terindah; Ukhuwah.

"Wa'alaikumussalam..." Salena mengakhiri perbualan.

Salena menguis nasi dan lauk yang ada dalam pinggannya. Hiba. Salena sedih sebenarnya dengan keadaan makan sendiri, bukan berjemaah macam Rasulullah buat.

Beep..beep..

3 Kotak Masuk. Teddy bear menunjukkan surat. Salena buka satu yang teratas.

Puan Mamaku Sayang : Makan... nanti sejuk memang betullah tak sedap. Senyum kenyit mata.

'hmm.. pandai Puanku ini meneka dan memujuk...' Salena memulakan suapan selepas membaca doa. Tidak sampai sepuluh minit, habis juga rezeki yang ada hari ini. Sisanya macam biasalah, Kucing-kucing dan ayam halaman rumah kan ada? Eh siapa cakap Salena makan solo-solo? Wahahaha!

Okeh-okeh.

Dia membelek lagi handphonenya. Terasa ada 2 kotak masuk belum dibuka.

Shanim : Salena, isi usrah kami hari ni aku text dekat kau ya. Tanya sajalah siapa-siapa yang dekat dengan kau. wahaha. eh ok tak lawak. tapi betul kali ni aku inbox dalam FB, sebab kali ni panjang sikit. Ok? Uhubuki ya ukhty! Fillah :)

Salena membalas ringkas.
[kredit]

Aku on ja. I'm waiting Shanim! hehehe... ana aidhon!

Salena membuka laptopnya semula. Ingin online dan mengarang sesuatu dalam status-statusnya. bermadah sekali sekala apa salahnyakan? yalah sekali sekala ya Salena? eheh.

Keningnya berkerut lagi. Satu mesej dari Shanim. 'tak ke usrah ka budak tu?' detik hatinya. Namun hatinya tak sabar nak buka mesej itu. Loading...

Tajuk : Hati wanita.

Sekeras-keras hati lelaki, pasti ada 'soft spot' yang menyebabkan air matanya gugur. Selembut-lembut hati perempuan pasti mempunyai 'hard spot' yang menyebabkan diri bukan diri.

Jadi jangan pelik lelaki menangis dan perempuan mampu tegas berprinsip.

Assalamualaikum!

Dear ukhti yang sentiasa melekat di hati. insya Allah. Walau kita jauh...sangat jauh, hati kita akan tetap dekat dengan 'usrah' kita ini. Sekarang ni ana demam. sampai hati enti tak tanya khabar. terasa tau!

'ehh shanim ni, tetiba pula nak ber'ana-enti' segan aku...'

hah! kenapa ana-enti? bacalah dulu... ana ber'ana-enti bukan faktor suasana belajar dekat Jordan ni jadi begini.

'lah budakk Shanim ni tau-tau ja, macam Puan Mama...' Salena menggaru kepala dengan hujung kuku pendeknya. Tersenyum sendiri.

selama ni, memang silap ana yang tak biasakan diri 'ana-enti' dengan enti. Ana ingat perkataan ini hanya untuk bulatan gembira saja. Jahil sungguh ana. Sebelum itu, ana minta maaf. Betul-betul minta maaf. Ana pernah terasa jengkel dengan orang yang tak ikut usrah ni tanpa tahu masalahnya.

Entah mana mantik ana di situ. keadaan enti, ana ketepikan. Ana assif! ana rasa nak peluk enti sekarang jugak! sekarang! jangan enti tuntut sesuatu yang enti belum tahu dari ana di akhirat nanti ya? ana benar-benar nak jadi pembimbing enti saat ni. Saat enti sunyi, nak share semuanya! nak rasa  susah senang enti.

Tadi kami tadabbur ayat alquraan, lepas tu bincang kenapa guna istilah ana-enti-enta-antum...
bila ana dah tahu, aduh... rasa tak bersaudara dengan enti. Ada sempadan dunia rasanya. Ana nak wujudkan rasa 'ikhwah' antara kita. macam ana dan kawan-kawan ana di sini. Ana tau, ana bukan Maha Adil, bahkan Maha kerdil di sisiNya. Masa Miss Naqibah bagitau tu ana hanya terfikirkan enti. Enti tak pernah berbahasa begini bukan??

Ana akan ajar enti. kalaulah Allah izinkan kita bersama dalam bulatan ini, ana berlapang dada. Ana tak nak enti fikir ujian Tuhan di dunia ni satu penyeksaan. Bukan derita. Ia cerita untuk noktah kita nanti.

Salena mula menangis. 'Murni sungguh orang-orang sekelilingku. Engkau pisahkan, Engkau temukan. Allah..Allah...'

Ana sendiri malu sebab terlalu bersenang-lenang. Ana takut! Sumayyah rela diuji ar-Rahman. Ana takut sekecil ujian. Ujian hidup enti yang enti telah ceritakan memukul perasaan ana. Sakit. Ana tidak tahu lagi jika berada dalam posisi enti. kepada siapa berpaut pun ana tak tahu. Na'udzubillah! Doakan hati ana tsabat menerima ujian bakal datang.

Dear my friend yang jauh di mata, yang belum bersua muka, yang belum pernah berlaga-laga pipi, ana sungguh rindu! rasa sayang yang Allah campak ini sungguh indah. Ana ingin enti sabar dalam mentarbiyah hati. Walau seorang diri. Walau sakit sendiri. Ana tau enti kuat! teruslah kuat.

Ana belum rehat dari semalam. Baju yang kita janjikan, ana sudah siapkan. nanti tinggalkan alamat ya? baju ana nanti ana bagi alamat pula.

Salam halawatul Ukhuwah. 

Nama ana Shaneem Qaniah. kita berkenalan semula ya Salena Samadu? hehe.

Wassalam.

Salena tarik nafas. Mengkonfidenkan diri. Hembus.

Beep..beep.. 'Eh mesej ke empat ni!'

Salena cepat-cepat membuka kotak mesejnya.

Shanim : Assalam, ana roomate Shanim, Shanim pengsan! Masuk wad.Mohon didoakan.Dia pesan mesej kalau ada apa-apa.

Muka Salena panas. 'Demam? Tak rehat? ya Allah, kawan jenis apa hamba ini. Terlalu tenggelam dengan kesunyian. ya Allah, kalaulah benar hamba tabah, pinjamkan kepadanya ya Allah. Jagakan dia!'

Salena bangun dan mengambil air wudhu. Ingin menghadiahi barisan doa-doa. Biar orang sekelilingnya aman dan bahagia.

Aku sayang kau... ana sayang enti Shaneem!. sempat Salena membalas. Dan senyum.

No comments:

Post a Comment