Wednesday 1 May 2013

Sedikit Status

sedikit status mungkin? eheh [kredit]

Assalammu'alaikum semua! Sembah dan salam buat kekasih hati. Rindu sungguh kami. Aduh.

Apa khabar? diri anda sihat? Iman kita bagaimana? masih menyinar seperti semalam? Moga hari ini lebih baik dari semalam. Moga niat amalan kita Allahu terima. Biar tidak sia-sia. Peluh kecik. hik.

Saya ada terbaca sebuah status hamba Allah. Bila saya terbaca dan sungguh membantu mengeluarkan peluh besar, saya ingin berkongsi kepada insan dan mengingatkan diri kita bahawa segala sesuatu memang takboleh!! tanpa Allah ijinkan. Sungguh tu.

Ehem. Status bertulis begini, saya petik;

'Negara yang mempunyai nuklear merasa berkuasa dengan kekuatan dan teknologi mereka manakala negara yang tiada nuklear akan merasa tunduk dengan negara yang ada nuklear. Nuklear hanya mampu menghancurkan sesebuah negara sahaja, sedangkan tiupan israfel mampu menghancurkan langit dan bumi. Bagaimana pula pencipta israfel?...

Nuklear yang ditakuti tidak akan mampu untuk menghancurkan satu kaki semut pun tanpa izin Allah SWT.'

Sementelahan (Senyum nampak gigi) itu, saya rasa ada dua benda yang penting dari status itu. Sebenarnya banyak yang boleh dikaitkan, namun dua benda yang membuatkan saya terus teringat ialah bagaimana jika muslim itu tidak berilmu dan kesannya kita akan tunduk kepada kuasa-kuasa yang zalim. keduanya..
Bagaimana situasi sangkarkala dibunyikan dan seluruh alam bagaikan debu dan kapas beterbangan. Pedih mata ulu hati dan semuanya!

Hari yang menggemparkan. Apa hari itu?
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu?
(hari itu ialah : Kiamat) hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran.
Dan gunung ganang menjadi seperti bulu yang dibusar beterbangan
{al-Qaariah : 1-5}

Baru nuklear. AllahuAllah. peluh! [kredit]

Allah sudah bagi peringatan ini sejak azali . Gambaran yang umum. Tak pernah rasanya lagi kita duduk sembang-sembang dengan rakan bagaimana bukit belakang rumah bertebaran. Bagaimana manusia beterbangan menyelamatkan diri di atas muka bumi Allah sendiri. Allah cipta, Allah punya. Kiamat Allah punya. Malaikat dah ready. Patuh dan sungguh taat. Anytime!

Jangan pula kita terdetik, aku tak hidup la masa itu. Wahai... tidakkah anda terusik, Allah tidak pun bagitahu bila masa dan ketika itu. Kita hamba Allah, milik Allah. Moga saya sempat belajar dan akan berkongsi apa yang saya tahu tentang perkara ini. Betul... sayalah pencari yang baru bertatih-tatih. Itulah status yang terpilih ingin saya kongsi. Mengharapkan bulatan gembira, tidak hari ini, insha Allah akan datang. Izinkan hamba ya Allah. Amin.

Salam semuanya. Moga hati kita terusik. Walau sedikit cuma.
kerana di dunia kita terkoma, akhirat nun kita ada noktahnya.

Allahua'lam.

No comments:

Post a Comment