Sunday, 21 July 2013

Kau Tahu Sahabat?

Aku menapak setapak,
Kulihat dia sedia bersedih bertanya,
"Tuhan, bila masaku lagi?"
"Akan adakah masa kedua untukku?"


[kredit]
Sahabat,
Aku hanya setapak,
Bukan di puncak,
Belum masa memuncak,

Sahabat,
Ada kalanya aku juga takut,
Kerana kau tidak berjuang bersamaku di arena yang sama,
Kita tidak lagi berkongsi cerita sesuka duka,
Tidak lagi kita berlumba sambil membawa semangat di tempat yang sama.

Kalau...
Kalau kau ingat aku sudah di atas awan melintasi pelangi gembira,
Risiko kau, kau salah.
Salah mengerti.

Aku gugup melangkah tika ini,
khabar langkahku akan memanjang masih suram,
Dunia sana aku belum pasti,
Gembira dijanji,
Atau duka berlembar.

Aku ingat lagi,
Pendakian dahulu,
kita sama-sama penat,
Sama-sama,
Kau kata, jangan sedih dengan pendakian,
kerana kita akan ke puncaknya,

Jangan pula gembira berada di puncaknya,
Kerana di puncak,
Akan ada penurunannya,
Sakit menurun,

Bersederhana,
Bersederhanalah.

Sahabat,
Kau pastikan lagi,
Kau akan terus di jalan dan gerabak ini,
Kerana aku takut,
Ummah semakin ralat,
Aku tahu ramai di gerabak yang penat,

Semuanya ingin kejayaan yang satu,
Dan bukan mutlaknya kita hanya berjuang di tempatku,

Kau di situ,
Aku di sini.

Berdoa kita.
Moga Dia Redha.

Friday, 5 July 2013

Permainan Memainkan.

[kredit]

Bukankah ayatKu telah dibacakan kepadaMu,
tetapi kamu selalu mendustakannya?
[al-Mu’minun : 105]

Allah. Allah. Allah.

Jadi, siapa yang berpaling? Siapa yang mencari alasan lagi? Siapa lagi yang terlepas dari semua ini?  Siapa lagi yang tidak terketuk dek sebaris ayat Allah tadi? Kita. Kita yang pekakkan telinga yang mendengar, butakan mata yang melihat, mendiamkan bibir yang berkata. Kita lupakan sejarah. Bagaimana kerajaan Islam yang dibina hancur, kita diamkan. Kita biarkan. Yang lupa, manusia.

Lantas, apa lagi yang kita pertikaikan hari akhirat nanti? Hari kiamat nanti? Wahai… hidup ini bukan mainan antara Sang Harimau  melawan Sang Garuda sahaja. Bukan pasal Tok Kaduk yang malang kita ketawakan. Antara kisah kancil mengecilkan musuh yang buas. Yang buas dengan tamak.

Hujung hidup ini pasti. Pasti mati. Mati bagaimana? Mati diam? Menanti sorgaNya yang terang? Atau kehidupan kekal yang kelam? Allahua’lam…

Wahai… sudah Allah gambarkan, yang mati pasti ramai yang ingin diberikan peluang. Diberi nafas yang lama dan ingin membaharukan amalnya untuk  mati kali kedua dan beramal soleh. Mati kali ketiga dan beramal soleh, keempat soleh dan apa? Mustahil… Mati sekali matilah. Sekujur tubuh yang hidup bermain sekejap di dunia akan mengahadap ilahi jua. Akan ditanyakan apa fiilnya di dunia. Bayangkan kita muflis. Muflis dari bekalan, muflis walhal ayat peringatanNya banyak dan luas. Allahu!

Mereka berkata
“ Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami,
dan kami adalah orang-orang yang sesat.
“Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami darinya (kembalikan kami ke dunia),
jika kami masih juga kembali kepadanya (kekafiran),
sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim”
[al-Mu’minuun : 106- 107]

            Mati itu tazkirah. Benar, tapi untuk siapa? Untuk apa? Maut menjemput pasti dan sentiasa menjadi rahsiaNya.  Tidak terjangkau dek akal kita untuk tahu apa yang berlaku di bawah sana. Mati kita bagaimana. Perkhabaran kita yang diberi rupanya apa. Tiada lagi lagu sesalan yang didengarkan. Tiada lagi imunisasi diberi sekali sekala. Ramai yang minta dihidupkan semula. Kita masih celik. Akal kita Alhamdulillah sihat diberi. Gunalah. Jangan hingga cukup terlambat. Cukup menyesak. Cuma sekejap sahabat. Mainan ini Cuma sekejap

Dia (Allah) berfirman,
“Tinggallah dengan hina di dalamnya,
dan janganlah kamu berbicara dengan aku,”
[al-Mu’minuun 108]

            
Mahukah kita mendapat jawapan ini pada hari itu kelak? Allah. Allah! Wahai…

Dia (Allah) berfirman,
“Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
Mereka menjawab,
“kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari
maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung,”
Dia (Allah) berfirman,
“Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja,
jika kamu benar-benar mengetahui

[al-Mu’minuun : 112-114]
            
Cuma tinggal kita lagi yang memilih, mainan ini yang seronoknya sebentar atau negeri abadi yang kekal. Kita bertangguh meneka masa maut, atau beralasan penuh kronologi. Kita merintih iniginkan kasih sayang yang luas, hak mainan di dunia, tanpa sedar kita main dengan kupon yang kosong. Kita percaya dengan kontang dan sentiasa mengharap datang belas kesedaran.

Maka apakah kamu mengira bahawa
Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud)
dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?

[al-Mu’minuun : 115]

            Wahai, Allah tidak akan mensia-siakan sititik USAHA dan walau sekecil zarah. Pasti dibalasnya. Teruslah mencari permata antara kaca. Biar kaca menyakitkan. Teruslah mencari alasan kenapa kita dicipta. Teruslah mencari harapan yang lebih panjang dan terang. Yang bukan memainkan. Teruslah mencari usaha sekecil zarah walau hati kita lelah dan lemah. Mencarilah lagi dalam cahaya yang suram, doalah minta jalan yang terang. Supaya kita untung di negeri yang kekal.

Teruslah bermain dan bawa amalan yang kekal. Teruslah mencari!

Dan katakanlah (Muhammad)
“Ya TuhanKu, Berilah ampunan dan (berilah) Rahmat,
Engkaulah pemberi Rahmat yang TERBAIK”

[al-Mu’minuun : 118]


-Koma bernoktah-


Sunday, 30 June 2013

Anai ke Kelkatu

Cantiknya tudung!

Cantiknya baju!

Cantiknya.... Cantik!

Assalamu'alaikum semua. Rasa cantik anda hari ini? Rasa iman cantik hari ini? Allahua'lam.
Hari itu saya menghabiskan masa bersama keluarga. Jalan-jalan tepi pantai. sudah penat berteduh lagi. Puji-puji apa yang cantik. Hamdallah apa yang ada. Laut luas terbentang depan mata. Lantai daratan luas nak jelajahi. Tak terkata tak terjelajah satu hari.

Zikir sikit dalam hati. Tak akan sedar bila hati kita mati.

Tiba-tiba, telefon mudah alih saya berkicau. Satu pesanan masuk dari sahabat terchenta keranaNya.

"Ada anda bertazkirah hari ini?"

Saya membalas ringkas "Saya busy bersama family la anda... hihi"

"Saya bagi anda petang nanti,"

Dan betul apa yang sahabat saya kata, dia bagi sebuah pesanan lagi
"Tazkirah.fm"

Dalam banyak-banyak pesanan sahabat saya, ada beberapa kata-kata yang menyentap hati, memukul iman saya yang lemah. Kesian, sudahlah lemah dipukul lagi. Terima kasih sahabat.

"istidraj,
seperti anai-anai yang tiada sayap akan duduk di bawah,
celahan batu dan kayu,

Bila bersayap menjadi kelkatu,
Berani pula melawan api dan lampu.

Nau'dzubillah"

"Bab 6 kaa....?" aku bergurau manja.

"Anda... nak silibus tazkirah atau apa ni..."
"hehehe...lagi?" dan rinduku sudah membuak. Sahabat, sungguh kau tahu aku kontang sudah tanpa ilmu. Kau tahu aku hauskan apa. Syukran...

"Anda, kalaupun kita hidup ni, makin buat jahat, makin dapat nikmat itu petanda istidraj paaaaling ketara.
umpamanya... Anda naik papan tanpa dinding, akhirnya bila sudah sampai penghujungnya anda akan jatuh sakit. Tak di dunia. Sakit kan?"

Aku melengahkan balasan.

"Bolehlah tertipu dengan dua jenis hidup. Kalau kita kejarkan populariti, pangkat darjat dan harta, kita jadikan hidup ini bertujuan. Walhal tak kekal. 50 tahun hayat kita  di dunia yang teruji tak akan sama balasan baik dan buruk di negeri yang kekal. Ulang taip, itu insan yang menjadikan hidup bertujuan. Heee,"

"Yang keduanya?" aku mengambil tisu.

"Yang menjadikan hidup ini penjara. Buat amal akhirat dan menolak dunia. ini panjang ulasannya. Nantilah kita jumpa. Hik,"

"Okay... minggu depan kita luang masa bersama pula,"

"Laaah...kenapa? Jap, anda buka aplikasi tafsir dalam telefon tuh. Tengok surah terchenta al-a'raf ayat 182-183" jawapan dan soalannya buat aku pelik. Tidak pernah dia menolak untuk berjumpa denganku.

"Tak boleh???,"

"kita kan selalu bertemu dalam doa...? uhibuki ;)"

Aku membuka aplikasi itu,

Dan orang-orng yang mendustakan ayat-ayat kami, 
akan Kami biarkan mereka berangsur-angsur
 (menuju ke arah kebinasaan),
 dengan cara yang mereka tidak ketahui.

Dan Aku akan memberikan tenggang waktu
 kepada mereka. Sungguh rencana-Ku sangat teguh.

[al-a'raf 182-183]


[kredit]

Ah... Sahabat fillah... sungguh aku jatuh cinta. Bila aku lupa, tiba-tiba datang berpesan-pesan dengan sabar. Bawalah aku lagi. Jauh dari jahiliyyah ini.

Koma.

Friday, 14 June 2013

Mengutip Yang Besar

Hari itu, adik aku menyambung pelajarannya ke salah satu institusi tempatan. Aku hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata juragan kepada anak kampung agar bersemangat dan bertindak. Wahaha. Okeh, Aku hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata semangat untuknya agar tidak mudah jatuh semangat. Live must go on, kan?

[kredit]

Oleh kerana semangat yang aku dan termasuklah manusia sekelilingnya bagi terlalu besar untuknya, maka dia mengadu.

"Kak, entah kenapa aku down. Tiada semangat!" bunyinya bersungguh-sungguh.

"Mana pergi?"

"Terlalu besar. Berat nak fikir balik," adunya.

"Kutip satu per satu, dunia memang tempat berpenat,"

"Okey! syukran kak!"

Dan aku semestinya tidak memberinya dengan free. Habislah dia cuti nanti.

Thursday, 13 June 2013

Share Shukur

Hari itu aku puasa sunat hari khamis. Perkara ini ialah perkara biasa bagi sekolah lamaku. Malah yang tidak berpuasa akan kekok pada hari isnin dan khamis. Tiada salah, tapi uruf sekolahku mendisiplinkan kesabaran. Semasa menahan lapar dan diri , keadaan jam 5 petang ialah waktu puncak, semua muka akan berseri-seri hendak bersiap-siap berbuka puasa. Aku pernah jugalah menjadi antara mereka yang akan tertunggu-tunggu masa bersungkai.

Tapi kali ini aku berbuka sendiri. Puasa sendiri-sendiri di rumah untuk latihan sebelum tiba bulan Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa tanpa gagal jika tiada uzur syarie. Terasa hari itu sangat panjang. Kalau di sekolah, entah bagaimana aku boleh kuat untuk bergerak aktif. Mungkin jasadku sudah terbiasa bermanja di rumah. Habis satu kerja di rumah hampir tiada yang sempurna. Aku mengakuinya.

Aku teringat masa di sekolah,  Aku dan rakan-rakan akan tertunggu-tunggu apakah juadah hasil pakcik- makcik dewan makan. Itulah salah satu punca rezeki tetap untuk kami setiap hari. Asrama katakan. Alhamdulillah. Aku dan sahabat karibku akan ke kantin sekiranya tidak puas. Nafsu? Mungkin, tapi setiap kali berbuka, memang kami akan ke kantin. Membeli ‘sup kosong’. Lauk yang ada seolah tidak wujud. Ia bagaikan nasi kosong dan sup kosong ialah juadah yang ditunggu-tunggu. Hari itu seolah kami bosan dengan juadah tiap minggu kami itu.

“ Aku bosanlah pula kali ni…,” aku membuka bicara.

                “ eh samalah…,” temanku.

“ kita patah balik ke dewan makan lah… ya?”

“ Ok ,”
Semasa balik dari kantin, kami mendapati puteri yang beratur sangatlah panjang. Menyesal. Ya  kadang-kadang kita lupa bersyukur dengan apa yang sudah ada di depan mata tanpa kita sedari nafsu menginginkan yang lain. Walhal yang ada mungkin sudah cukup baik dan lebih menjamin daripada yang lain. Kami tetap bersabar. Mungkin ini padahnya selalu membazir makanan yang sudah dimasak di dewan makan kami ini.

                Semasa kami duduk, azan telah berkumandang 3 minit yang lalu. Kami pun makan dengan penuh berselera dan tetap berceria.

                “ Sedap,”

                “ Siapa cakap tak? Lain kali jangan membazir,”  keluar juga perkataan keramat ini selain perkataan keramat ‘sedap’ tadi.

                “ Bersyukur,”
[kena kuatkan akar nafsu, biar tidak sewenangnya lemah menjalar. Kredit]


                Kami pun menyudahkan suapan dan bergegas ke surau. Kisah itu beberapa bulan yang lalu masa aku masih bersekolah di sana. Kini aku sendiri dan berfikir, siapa yang akan berkongsi rasa syukur ini dan share makanan supaya tak membazir? Ah balighna ramadhan ya Allah. Amin.

Ketaksangkaan Membesar

Hari itu saya dan kawan saya uzur syarie. Kami duduk di belakang Masjid al-Bukhari.  Kalau masa cuti begini, sayalah orang yang akan bersenang hati sebab ada masa lebih hendak melayan cerita karangan novel. Indah dan terbuai-buai saya walaupun hakikatnya punggung saya melekat di lantai masjid. Eheh!

            “Anda…,” Kawan saya menegur.

            “hmm…,”

            “jomlah ke bulatan gembira sana…,” Pelawanya.

            “ Ok, tapi siapa naqibahnya? Kalau budak form empat tu lagi, saya malas ,” Alasanku membuat dia terdiam.

            Aku menutup novel seraya melihat jelingan tajam berbaur pujukan. ‘Syndrom haid, semua nak marah ‘desis hati saya.

            “Hmm, Jom!” aku berdiri dan menarik tangannya.

            Kami berjalan beriringan berjalan ke arah bulatan gembira itu. Hanis naqibahnya, Puteri tingkatan lima. Okaylah daripada yang lain. Ketika kami melabuhkan punggung masing-masing, isi usrah sudah ke hampir ke klimaks. Mungkin kami anti-klimaksnya sebab tiba-tiba semua diam dan beralih kepada kami. Hanis dengan rendah hati ingin menyuruh kami menyambung isi usrah.  Saya diam dan kawan saya juga. Ahh sindrom diam hari ini. berpeluh saya!

            Sudah, siapa juga yang suruh ke sini, tengok dengan tangan kosong. Heh! Kawan saya pula hero yang menyuruh Hanis menghabiskan isi usrah. Saya bersetuju dan memandang muka Hanis tepat-tepat.

            “ er.. er.. hari tu.. ustazah ada bagitau saya rahsia... Sesiapa yang nak syurga dan ber cipika cipiki di syurga nanti boleh tahu rahsia ni,”

            “ Semua mahu tahu tu Nis, teruskan…,” Kawan saya menyambut sambil tersenyum simpul.

            Hanis mula melantunkan suaranya yang merdu untuk membaca sebaris dua ayat alquran. Macam surah As Saff. Mungkinlah…

            “ Sodaqallahul azim. Ayat 10 dalam surah as Saff, Allah Swt berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman!
 Mahukah kamu jika aku tunjukkan satu perdagangan
 yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

            Hanis menyambung…

(iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya
dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

            Itu ayat ke 11,” Hanis mengahabiskan bacaan tafsirnya.

Azan berkumandang. Saya berpeluh kecil  lagi.

            “Lepas tu kak?” Seorang adik bertanya.

            “Dah azan. Tengok ayat seterusnya dalam tafsir kamu. Akak masuk dulu. Moga bermanfaat semua. Maafkan yang terkurang ya dik… kak…,” Lembut hanis membawa diri. Kami yang ma’zurah pun menutup majlis dengan surah al-Asr dan tasbih kifarah.

            Kami pun berdiri dan kembali ke belakang masjid.


[Ilmu menjaga kita. Kredit]

            “anda… hmm…,” dia ragu-ragu.

            “ Cakaplah, saya nak buka novel kalau tak nak cakap. Hehe,”

            “Kadang-kadang, ilmu bukan dari siapa bercakap, sama ada dia amal atau tak, itu tak penting. Ambik yang bermanfaat sudah. Optimis!”

            “Saya ambillah…,”

            “biarpun form empat,” katanya sambil senyum mengenyit mata.


            

Bantuan Buku

                “Anda?”

                “Ya?”
               
                “ kenapa beli buku motivasi banyak ni? Kerajaan bagi bantuan buku… hobi novel err..anda tak beli novel pun…?”

                “Saya nak amanah. Biar bantuan ini memberi sumbangan kepada saya secara total. Bermotivasi. Buku rujukan saya dah lengkap rasanya, in sya Allah” Balas saya.

                Dia cuma tersenyum. Saya rasa dia terpegunlah tu. Tokoh? Hihihi.

                “Sometimes, motivation don’t move you. Action will,” Ayat pendek keluar dari mulutnya. Pegaruh rakan sebaya.


                Lantas satu per satu buku saya susun atas rak semula dan kembali ke sudut novel islami. Motivasi juga, tapi bercerita.