"Aku tak fahamlah..."
"Kenapa anda?"
"Dah pakai tudung, nak lapis-inner bagai. Dah pakai baju lengan panjang begini nak guna handsocks bagai. Stokin dan macam-macamlah," Aida meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
"Anda suka bonus?"
"Kenapa tanya?" Soalan berbalas soalan.
"Kalau kita suka bonus, begitulah sepatutnya kita menjaga diri, bonus lebih, hadiah lebih,"
"Kalaupun susah. Kan?" kata Aida lemah seraya membayar jumlah stokin pertama yang dibelinya. Kami pun melangkah keluar dari kedai kecil tersebut. Memulakan sesuatu mungkin senang, Istiqamahnya ada jika kita tidak keluar dari apa yang kita mulakan.
In syaa Allah.
Tuesday, 23 July 2013
Monday, 22 July 2013
Entah Esok
Hari itu, Salena datang pada waktu yang hampir lewat. Hampir sumua saf penuh. Ramai hambaNya yang berlumba-lumba menunaikan ibadah sunat bulan Ramadhan itu, Terawih. Salena sendiri belum pernah ke masjid tersebut. Hidupnya kini bukan sesuka hatinya lagi, Alhamdulillah, Salena masih lagi menjadi pilihan Allah, untuk beribadat terawih pada malam itu.
'Entah esok bagaimana' bisik hatinya.
Hatinya tenang tatkala memasuki rumah Allah itu. Matanya terus terhenti kepada seorang wanita tua yang berada di kanan saf hadapan. Tegar dan tabah, tersenyum lagi Salena.
Esok dan hari-hari seterusnya bila Salena menjadi tetamuNya, dia suka melihat Nenek Tua yang sama tegar berada di saf hadapan paling kanan. Kagum sekagum-kagumnya.

'Aku yang muda saja selalu lewat' desis hatinya lagi.
Malam itu Salena terasa seperti hilang sesuatu pada pemandangan malamnya. Matanya melilau mencari kelibat tua yang selalu menghiasi saf hadapan. Tiada. Salena menunggu dan tetap memberi ruang. Tetap tiada.
'Sakit agaknya' Andaian Salena.
'Sakit agaknya' Andaian Salena.
Malam ketiganya, Salena masih mencari.
'Nek, Muslimah-muslimah itu mahukan keselesaan berdekatan kipas meniup angin berbanding merapat ke saf ini, mereka lebih memilih yang dekat pintu nun, aku tahu panasnya berada di tepi kali ini, aku tahu bagai mana panasnya bumi ini, nek, makin kurang saf-saf saban malam. Kuatkan diri dan nafasmu di Ramadhan ini. Agar aku terinspirasi melihat dirimu yang uzur perlahan melangkah kuat beibadah. Nenek yang tidak kukenali, datanglah lagi. Bagi aku panahan lagi bila masa Allah memilih kita terus beribadah di dalam rumahNya akan mengalir hawa ketenangan.
Aku akan doakan kau kuat, biar badanmu ralat,'
Aku akan doakan kau kuat, biar badanmu ralat,'
'Aku ini entah esok bagaimana' bisik Salena lagi dan lagi.
Sunday, 21 July 2013
Kau Tahu Sahabat?
Aku menapak setapak,
Kulihat dia sedia bersedih bertanya,
"Tuhan, bila masaku lagi?"
"Akan adakah masa kedua untukku?"
Sahabat,
Aku hanya setapak,
Bukan di puncak,
Belum masa memuncak,
Sahabat,
Ada kalanya aku juga takut,
Kerana kau tidak berjuang bersamaku di arena yang sama,
Kita tidak lagi berkongsi cerita sesuka duka,
Tidak lagi kita berlumba sambil membawa semangat di tempat yang sama.
Kalau...
Kalau kau ingat aku sudah di atas awan melintasi pelangi gembira,
Risiko kau, kau salah.
Salah mengerti.
Aku gugup melangkah tika ini,
khabar langkahku akan memanjang masih suram,
Dunia sana aku belum pasti,
Gembira dijanji,
Atau duka berlembar.
Aku ingat lagi,
Pendakian dahulu,
kita sama-sama penat,
Sama-sama,
Kau kata, jangan sedih dengan pendakian,
kerana kita akan ke puncaknya,
Jangan pula gembira berada di puncaknya,
Kerana di puncak,
Akan ada penurunannya,
Sakit menurun,
Bersederhana,
Bersederhanalah.
Sahabat,
Kau pastikan lagi,
Kau akan terus di jalan dan gerabak ini,
Kerana aku takut,
Ummah semakin ralat,
Aku tahu ramai di gerabak yang penat,
Semuanya ingin kejayaan yang satu,
Dan bukan mutlaknya kita hanya berjuang di tempatku,
Kau di situ,
Aku di sini.
Berdoa kita.
Moga Dia Redha.

Friday, 5 July 2013
Permainan Memainkan.
[kredit]
Bukankah ayatKu telah
dibacakan kepadaMu,
tetapi kamu selalu mendustakannya?
[al-Mu’minun : 105]
tetapi kamu selalu mendustakannya?
[al-Mu’minun : 105]
Allah. Allah. Allah.
Jadi, siapa yang berpaling? Siapa yang mencari alasan lagi?
Siapa lagi yang terlepas dari semua ini?
Siapa lagi yang tidak terketuk dek sebaris ayat Allah tadi? Kita. Kita
yang pekakkan telinga yang mendengar, butakan mata yang melihat, mendiamkan
bibir yang berkata. Kita lupakan sejarah. Bagaimana kerajaan Islam yang dibina
hancur, kita diamkan. Kita biarkan. Yang lupa, manusia.
Lantas, apa lagi yang kita pertikaikan hari akhirat nanti?
Hari kiamat nanti? Wahai… hidup ini bukan mainan antara Sang Harimau melawan Sang Garuda sahaja. Bukan pasal Tok
Kaduk yang malang kita ketawakan. Antara kisah kancil mengecilkan musuh yang
buas. Yang buas dengan tamak.
Hujung hidup ini pasti. Pasti mati. Mati bagaimana? Mati
diam? Menanti sorgaNya yang terang? Atau kehidupan kekal yang kelam? Allahua’lam…
Wahai… sudah Allah gambarkan, yang mati pasti ramai yang
ingin diberikan peluang. Diberi nafas yang lama dan ingin membaharukan amalnya
untuk mati kali kedua dan beramal soleh.
Mati kali ketiga dan beramal soleh, keempat soleh dan apa? Mustahil… Mati
sekali matilah. Sekujur tubuh yang hidup bermain sekejap di dunia akan
mengahadap ilahi jua. Akan ditanyakan apa fiilnya di dunia. Bayangkan kita
muflis. Muflis dari bekalan, muflis walhal ayat peringatanNya banyak dan luas.
Allahu!
Mereka berkata
“ Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami,
dan kami adalah orang-orang yang sesat.
“ Ya Tuhan kami, kami telah dikuasai oleh kejahatan kami,
dan kami adalah orang-orang yang sesat.
“Ya Tuhan kami,
keluarkanlah kami darinya (kembalikan kami ke dunia),
jika kami masih juga kembali kepadanya (kekafiran),
sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim”
[al-Mu’minuun : 106- 107]
keluarkanlah kami darinya (kembalikan kami ke dunia),
jika kami masih juga kembali kepadanya (kekafiran),
sungguh, kami adalah orang-orang yang zalim”
[al-Mu’minuun : 106- 107]
Mati itu tazkirah. Benar, tapi untuk siapa? Untuk apa? Maut
menjemput pasti dan sentiasa menjadi rahsiaNya. Tidak terjangkau dek akal kita untuk tahu apa
yang berlaku di bawah sana. Mati kita bagaimana. Perkhabaran kita yang diberi
rupanya apa. Tiada lagi lagu sesalan yang didengarkan. Tiada lagi imunisasi
diberi sekali sekala. Ramai yang minta dihidupkan semula. Kita masih celik. Akal
kita Alhamdulillah sihat diberi. Gunalah. Jangan hingga cukup terlambat. Cukup menyesak.
Cuma sekejap sahabat. Mainan ini Cuma sekejap
Dia (Allah) berfirman,
“Tinggallah dengan hina di dalamnya,
dan janganlah kamu berbicara dengan aku,”
[al-Mu’minuun 108]
“Tinggallah dengan hina di dalamnya,
dan janganlah kamu berbicara dengan aku,”
[al-Mu’minuun 108]
Mahukah kita mendapat jawapan ini pada
hari itu kelak? Allah. Allah! Wahai…
Dia (Allah) berfirman,
“Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
Mereka menjawab,
“kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari
maka tanyakanlah kepada mereka yang menghitung,”
Dia (Allah) berfirman,
“Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar saja,
jika kamu benar-benar mengetahui

[al-Mu’minuun : 112-114]
Cuma tinggal kita lagi yang memilih,
mainan ini yang seronoknya sebentar atau negeri abadi yang kekal. Kita
bertangguh meneka masa maut, atau beralasan penuh kronologi. Kita merintih
iniginkan kasih sayang yang luas, hak mainan di dunia, tanpa sedar kita main
dengan kupon yang kosong. Kita percaya dengan kontang dan sentiasa mengharap
datang belas kesedaran.
Maka apakah kamu mengira
bahawa
Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud)
dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud)
dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
[al-Mu’minuun : 115]
Wahai, Allah tidak akan
mensia-siakan sititik USAHA dan walau sekecil zarah. Pasti dibalasnya. Teruslah
mencari permata antara kaca. Biar kaca menyakitkan. Teruslah mencari alasan
kenapa kita dicipta. Teruslah mencari harapan yang lebih panjang dan terang.
Yang bukan memainkan. Teruslah mencari usaha sekecil zarah walau hati kita
lelah dan lemah. Mencarilah lagi dalam cahaya yang suram, doalah minta jalan
yang terang. Supaya kita untung di negeri yang kekal.
Teruslah
bermain dan bawa amalan yang kekal. Teruslah mencari!
Dan katakanlah (Muhammad)
“Ya TuhanKu, Berilah ampunan dan (berilah) Rahmat,
Engkaulah pemberi Rahmat yang TERBAIK”
“Ya TuhanKu, Berilah ampunan dan (berilah) Rahmat,
Engkaulah pemberi Rahmat yang TERBAIK”
[al-Mu’minuun : 118]
-Koma bernoktah-
Sunday, 30 June 2013
Anai ke Kelkatu
Cantiknya tudung!
Cantiknya baju!
Cantiknya.... Cantik!
Assalamu'alaikum semua. Rasa cantik anda hari ini? Rasa iman cantik hari ini? Allahua'lam.
Hari itu saya menghabiskan masa bersama keluarga. Jalan-jalan tepi pantai. sudah penat berteduh lagi. Puji-puji apa yang cantik. Hamdallah apa yang ada. Laut luas terbentang depan mata. Lantai daratan luas nak jelajahi. Tak terkata tak terjelajah satu hari.

Zikir sikit dalam hati. Tak akan sedar bila hati kita mati.
Tiba-tiba, telefon mudah alih saya berkicau. Satu pesanan masuk dari sahabat terchenta keranaNya.
"Ada anda bertazkirah hari ini?"
"Ada anda bertazkirah hari ini?"
Saya membalas ringkas "Saya busy bersama family la anda... hihi"
"Saya bagi anda petang nanti,"
Dan betul apa yang sahabat saya kata, dia bagi sebuah pesanan lagi
Dan betul apa yang sahabat saya kata, dia bagi sebuah pesanan lagi
"Tazkirah.fm"
Dalam banyak-banyak pesanan sahabat saya, ada beberapa kata-kata yang menyentap hati, memukul iman saya yang lemah. Kesian, sudahlah lemah dipukul lagi. Terima kasih sahabat.
"istidraj,
seperti anai-anai yang tiada sayap akan duduk di bawah,
celahan batu dan kayu,
Bila bersayap menjadi kelkatu,

Berani pula melawan api dan lampu.
Nau'dzubillah"
"Bab 6 kaa....?" aku bergurau manja.
"Anda... nak silibus tazkirah atau apa ni..."
Nau'dzubillah"
"Bab 6 kaa....?" aku bergurau manja.
"Anda... nak silibus tazkirah atau apa ni..."
"hehehe...lagi?" dan rinduku sudah membuak. Sahabat, sungguh kau tahu aku kontang sudah tanpa ilmu. Kau tahu aku hauskan apa. Syukran...
"Anda, kalaupun kita hidup ni, makin buat jahat, makin dapat nikmat itu petanda istidraj paaaaling ketara.
umpamanya... Anda naik papan tanpa dinding, akhirnya bila sudah sampai penghujungnya anda akan jatuh sakit. Tak di dunia. Sakit kan?"

Aku melengahkan balasan.
"Bolehlah tertipu dengan dua jenis hidup. Kalau kita kejarkan populariti, pangkat darjat dan harta, kita jadikan hidup ini bertujuan. Walhal tak kekal. 50 tahun hayat kita di dunia yang teruji tak akan sama balasan baik dan buruk di negeri yang kekal. Ulang taip, itu insan yang menjadikan hidup bertujuan. Heee,"
"Yang keduanya?" aku mengambil tisu.

"Yang menjadikan hidup ini penjara. Buat amal akhirat dan menolak dunia. ini panjang ulasannya. Nantilah kita jumpa. Hik,"
"Okay... minggu depan kita luang masa bersama pula,"
"Laaah...kenapa? Jap, anda buka aplikasi tafsir dalam telefon tuh. Tengok surah terchenta al-a'raf ayat 182-183" jawapan dan soalannya buat aku pelik. Tidak pernah dia menolak untuk berjumpa denganku.

"Tak boleh???,"
"kita kan selalu bertemu dalam doa...? uhibuki ;)"
Aku membuka aplikasi itu,
Dan orang-orng yang mendustakan ayat-ayat kami,
akan Kami biarkan mereka berangsur-angsur
(menuju ke arah kebinasaan),
dengan cara yang mereka tidak ketahui.
Dan Aku akan memberikan tenggang waktu
kepada mereka. Sungguh rencana-Ku sangat teguh.
[al-a'raf 182-183]
Ah... Sahabat fillah... sungguh aku jatuh cinta. Bila aku lupa, tiba-tiba datang berpesan-pesan dengan sabar. Bawalah aku lagi. Jauh dari jahiliyyah ini.
Koma.
Friday, 14 June 2013
Mengutip Yang Besar
Hari itu, adik aku menyambung pelajarannya ke salah satu institusi tempatan. Aku hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata juragan kepada anak kampung agar bersemangat dan bertindak. Wahaha. Okeh, Aku hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata semangat untuknya agar tidak mudah jatuh semangat. Live must go on, kan?
Oleh kerana semangat yang aku dan termasuklah manusia sekelilingnya bagi terlalu besar untuknya, maka dia mengadu.
"Kak, entah kenapa aku down. Tiada semangat!" bunyinya bersungguh-sungguh.
"Mana pergi?"
"Terlalu besar. Berat nak fikir balik," adunya.
"Kutip satu per satu, dunia memang tempat berpenat,"
"Okey! syukran kak!"
Dan aku semestinya tidak memberinya dengan free. Habislah dia cuti nanti.

Thursday, 13 June 2013
Share Shukur
Hari itu aku puasa sunat hari
khamis. Perkara ini ialah perkara biasa bagi sekolah lamaku. Malah yang tidak
berpuasa akan kekok pada hari isnin dan khamis. Tiada salah, tapi uruf
sekolahku mendisiplinkan kesabaran. Semasa menahan lapar dan diri , keadaan jam
5 petang ialah waktu puncak, semua muka akan berseri-seri hendak bersiap-siap
berbuka puasa. Aku pernah jugalah menjadi antara mereka yang akan
tertunggu-tunggu masa bersungkai.
Tapi kali ini aku berbuka
sendiri. Puasa sendiri-sendiri di rumah untuk latihan sebelum tiba bulan
Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa tanpa gagal jika tiada uzur
syarie. Terasa hari itu sangat panjang. Kalau di sekolah, entah bagaimana aku
boleh kuat untuk bergerak aktif. Mungkin jasadku sudah terbiasa bermanja di rumah.
Habis satu kerja di rumah hampir tiada yang sempurna. Aku mengakuinya.
Aku teringat masa di
sekolah, Aku dan rakan-rakan akan
tertunggu-tunggu apakah juadah hasil pakcik- makcik dewan makan. Itulah salah
satu punca rezeki tetap untuk kami setiap hari. Asrama katakan. Alhamdulillah.
Aku dan sahabat karibku akan ke kantin sekiranya tidak puas. Nafsu? Mungkin,
tapi setiap kali berbuka, memang kami akan ke kantin. Membeli ‘sup kosong’.
Lauk yang ada seolah tidak wujud. Ia bagaikan nasi kosong dan sup kosong ialah
juadah yang ditunggu-tunggu. Hari itu seolah kami bosan dengan juadah tiap
minggu kami itu.
“ Aku bosanlah pula kali ni…,”
aku membuka bicara.
“ eh samalah…,” temanku.
“ eh samalah…,” temanku.
“ kita patah balik ke dewan makan
lah… ya?”
“ Ok ,”
Semasa balik dari kantin, kami
mendapati puteri yang beratur sangatlah panjang. Menyesal. Ya kadang-kadang kita lupa bersyukur dengan apa
yang sudah ada di depan mata tanpa kita sedari nafsu menginginkan yang lain.
Walhal yang ada mungkin sudah cukup baik dan lebih menjamin daripada yang lain.
Kami tetap bersabar. Mungkin ini padahnya selalu membazir makanan yang sudah
dimasak di dewan makan kami ini.
Semasa
kami duduk, azan telah berkumandang 3 minit yang lalu. Kami pun makan dengan
penuh berselera dan tetap berceria.
“
Sedap,”
“ Siapa
cakap tak? Lain kali jangan membazir,”
keluar juga perkataan keramat ini selain perkataan keramat ‘sedap’ tadi.
“
Bersyukur,”
[kena kuatkan akar nafsu, biar tidak sewenangnya lemah menjalar. Kredit]
Kami
pun menyudahkan suapan dan bergegas ke surau. Kisah itu beberapa bulan yang
lalu masa aku masih bersekolah di sana. Kini aku sendiri dan berfikir, siapa
yang akan berkongsi rasa syukur ini dan share makanan supaya tak membazir? Ah
balighna ramadhan ya Allah. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpeg)