Sunday, 30 June 2013

Anai ke Kelkatu

Cantiknya tudung!

Cantiknya baju!

Cantiknya.... Cantik!

Assalamu'alaikum semua. Rasa cantik anda hari ini? Rasa iman cantik hari ini? Allahua'lam.
Hari itu saya menghabiskan masa bersama keluarga. Jalan-jalan tepi pantai. sudah penat berteduh lagi. Puji-puji apa yang cantik. Hamdallah apa yang ada. Laut luas terbentang depan mata. Lantai daratan luas nak jelajahi. Tak terkata tak terjelajah satu hari.

Zikir sikit dalam hati. Tak akan sedar bila hati kita mati.

Tiba-tiba, telefon mudah alih saya berkicau. Satu pesanan masuk dari sahabat terchenta keranaNya.

"Ada anda bertazkirah hari ini?"

Saya membalas ringkas "Saya busy bersama family la anda... hihi"

"Saya bagi anda petang nanti,"

Dan betul apa yang sahabat saya kata, dia bagi sebuah pesanan lagi
"Tazkirah.fm"

Dalam banyak-banyak pesanan sahabat saya, ada beberapa kata-kata yang menyentap hati, memukul iman saya yang lemah. Kesian, sudahlah lemah dipukul lagi. Terima kasih sahabat.

"istidraj,
seperti anai-anai yang tiada sayap akan duduk di bawah,
celahan batu dan kayu,

Bila bersayap menjadi kelkatu,
Berani pula melawan api dan lampu.

Nau'dzubillah"

"Bab 6 kaa....?" aku bergurau manja.

"Anda... nak silibus tazkirah atau apa ni..."
"hehehe...lagi?" dan rinduku sudah membuak. Sahabat, sungguh kau tahu aku kontang sudah tanpa ilmu. Kau tahu aku hauskan apa. Syukran...

"Anda, kalaupun kita hidup ni, makin buat jahat, makin dapat nikmat itu petanda istidraj paaaaling ketara.
umpamanya... Anda naik papan tanpa dinding, akhirnya bila sudah sampai penghujungnya anda akan jatuh sakit. Tak di dunia. Sakit kan?"

Aku melengahkan balasan.

"Bolehlah tertipu dengan dua jenis hidup. Kalau kita kejarkan populariti, pangkat darjat dan harta, kita jadikan hidup ini bertujuan. Walhal tak kekal. 50 tahun hayat kita  di dunia yang teruji tak akan sama balasan baik dan buruk di negeri yang kekal. Ulang taip, itu insan yang menjadikan hidup bertujuan. Heee,"

"Yang keduanya?" aku mengambil tisu.

"Yang menjadikan hidup ini penjara. Buat amal akhirat dan menolak dunia. ini panjang ulasannya. Nantilah kita jumpa. Hik,"

"Okay... minggu depan kita luang masa bersama pula,"

"Laaah...kenapa? Jap, anda buka aplikasi tafsir dalam telefon tuh. Tengok surah terchenta al-a'raf ayat 182-183" jawapan dan soalannya buat aku pelik. Tidak pernah dia menolak untuk berjumpa denganku.

"Tak boleh???,"

"kita kan selalu bertemu dalam doa...? uhibuki ;)"

Aku membuka aplikasi itu,

Dan orang-orng yang mendustakan ayat-ayat kami, 
akan Kami biarkan mereka berangsur-angsur
 (menuju ke arah kebinasaan),
 dengan cara yang mereka tidak ketahui.

Dan Aku akan memberikan tenggang waktu
 kepada mereka. Sungguh rencana-Ku sangat teguh.

[al-a'raf 182-183]


[kredit]

Ah... Sahabat fillah... sungguh aku jatuh cinta. Bila aku lupa, tiba-tiba datang berpesan-pesan dengan sabar. Bawalah aku lagi. Jauh dari jahiliyyah ini.

Koma.

Friday, 14 June 2013

Mengutip Yang Besar

Hari itu, adik aku menyambung pelajarannya ke salah satu institusi tempatan. Aku hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata juragan kepada anak kampung agar bersemangat dan bertindak. Wahaha. Okeh, Aku hanya mampu berdoa dan memberikan kata-kata semangat untuknya agar tidak mudah jatuh semangat. Live must go on, kan?

[kredit]

Oleh kerana semangat yang aku dan termasuklah manusia sekelilingnya bagi terlalu besar untuknya, maka dia mengadu.

"Kak, entah kenapa aku down. Tiada semangat!" bunyinya bersungguh-sungguh.

"Mana pergi?"

"Terlalu besar. Berat nak fikir balik," adunya.

"Kutip satu per satu, dunia memang tempat berpenat,"

"Okey! syukran kak!"

Dan aku semestinya tidak memberinya dengan free. Habislah dia cuti nanti.

Thursday, 13 June 2013

Share Shukur

Hari itu aku puasa sunat hari khamis. Perkara ini ialah perkara biasa bagi sekolah lamaku. Malah yang tidak berpuasa akan kekok pada hari isnin dan khamis. Tiada salah, tapi uruf sekolahku mendisiplinkan kesabaran. Semasa menahan lapar dan diri , keadaan jam 5 petang ialah waktu puncak, semua muka akan berseri-seri hendak bersiap-siap berbuka puasa. Aku pernah jugalah menjadi antara mereka yang akan tertunggu-tunggu masa bersungkai.

Tapi kali ini aku berbuka sendiri. Puasa sendiri-sendiri di rumah untuk latihan sebelum tiba bulan Ramadhan yang mewajibkan umat Islam berpuasa tanpa gagal jika tiada uzur syarie. Terasa hari itu sangat panjang. Kalau di sekolah, entah bagaimana aku boleh kuat untuk bergerak aktif. Mungkin jasadku sudah terbiasa bermanja di rumah. Habis satu kerja di rumah hampir tiada yang sempurna. Aku mengakuinya.

Aku teringat masa di sekolah,  Aku dan rakan-rakan akan tertunggu-tunggu apakah juadah hasil pakcik- makcik dewan makan. Itulah salah satu punca rezeki tetap untuk kami setiap hari. Asrama katakan. Alhamdulillah. Aku dan sahabat karibku akan ke kantin sekiranya tidak puas. Nafsu? Mungkin, tapi setiap kali berbuka, memang kami akan ke kantin. Membeli ‘sup kosong’. Lauk yang ada seolah tidak wujud. Ia bagaikan nasi kosong dan sup kosong ialah juadah yang ditunggu-tunggu. Hari itu seolah kami bosan dengan juadah tiap minggu kami itu.

“ Aku bosanlah pula kali ni…,” aku membuka bicara.

                “ eh samalah…,” temanku.

“ kita patah balik ke dewan makan lah… ya?”

“ Ok ,”
Semasa balik dari kantin, kami mendapati puteri yang beratur sangatlah panjang. Menyesal. Ya  kadang-kadang kita lupa bersyukur dengan apa yang sudah ada di depan mata tanpa kita sedari nafsu menginginkan yang lain. Walhal yang ada mungkin sudah cukup baik dan lebih menjamin daripada yang lain. Kami tetap bersabar. Mungkin ini padahnya selalu membazir makanan yang sudah dimasak di dewan makan kami ini.

                Semasa kami duduk, azan telah berkumandang 3 minit yang lalu. Kami pun makan dengan penuh berselera dan tetap berceria.

                “ Sedap,”

                “ Siapa cakap tak? Lain kali jangan membazir,”  keluar juga perkataan keramat ini selain perkataan keramat ‘sedap’ tadi.

                “ Bersyukur,”
[kena kuatkan akar nafsu, biar tidak sewenangnya lemah menjalar. Kredit]


                Kami pun menyudahkan suapan dan bergegas ke surau. Kisah itu beberapa bulan yang lalu masa aku masih bersekolah di sana. Kini aku sendiri dan berfikir, siapa yang akan berkongsi rasa syukur ini dan share makanan supaya tak membazir? Ah balighna ramadhan ya Allah. Amin.

Ketaksangkaan Membesar

Hari itu saya dan kawan saya uzur syarie. Kami duduk di belakang Masjid al-Bukhari.  Kalau masa cuti begini, sayalah orang yang akan bersenang hati sebab ada masa lebih hendak melayan cerita karangan novel. Indah dan terbuai-buai saya walaupun hakikatnya punggung saya melekat di lantai masjid. Eheh!

            “Anda…,” Kawan saya menegur.

            “hmm…,”

            “jomlah ke bulatan gembira sana…,” Pelawanya.

            “ Ok, tapi siapa naqibahnya? Kalau budak form empat tu lagi, saya malas ,” Alasanku membuat dia terdiam.

            Aku menutup novel seraya melihat jelingan tajam berbaur pujukan. ‘Syndrom haid, semua nak marah ‘desis hati saya.

            “Hmm, Jom!” aku berdiri dan menarik tangannya.

            Kami berjalan beriringan berjalan ke arah bulatan gembira itu. Hanis naqibahnya, Puteri tingkatan lima. Okaylah daripada yang lain. Ketika kami melabuhkan punggung masing-masing, isi usrah sudah ke hampir ke klimaks. Mungkin kami anti-klimaksnya sebab tiba-tiba semua diam dan beralih kepada kami. Hanis dengan rendah hati ingin menyuruh kami menyambung isi usrah.  Saya diam dan kawan saya juga. Ahh sindrom diam hari ini. berpeluh saya!

            Sudah, siapa juga yang suruh ke sini, tengok dengan tangan kosong. Heh! Kawan saya pula hero yang menyuruh Hanis menghabiskan isi usrah. Saya bersetuju dan memandang muka Hanis tepat-tepat.

            “ er.. er.. hari tu.. ustazah ada bagitau saya rahsia... Sesiapa yang nak syurga dan ber cipika cipiki di syurga nanti boleh tahu rahsia ni,”

            “ Semua mahu tahu tu Nis, teruskan…,” Kawan saya menyambut sambil tersenyum simpul.

            Hanis mula melantunkan suaranya yang merdu untuk membaca sebaris dua ayat alquran. Macam surah As Saff. Mungkinlah…

            “ Sodaqallahul azim. Ayat 10 dalam surah as Saff, Allah Swt berfirman :

Wahai orang-orang yang beriman!
 Mahukah kamu jika aku tunjukkan satu perdagangan
 yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?

            Hanis menyambung…

(iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya
dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.
Itulah yang lebih baik jika kamu mengetahui.

            Itu ayat ke 11,” Hanis mengahabiskan bacaan tafsirnya.

Azan berkumandang. Saya berpeluh kecil  lagi.

            “Lepas tu kak?” Seorang adik bertanya.

            “Dah azan. Tengok ayat seterusnya dalam tafsir kamu. Akak masuk dulu. Moga bermanfaat semua. Maafkan yang terkurang ya dik… kak…,” Lembut hanis membawa diri. Kami yang ma’zurah pun menutup majlis dengan surah al-Asr dan tasbih kifarah.

            Kami pun berdiri dan kembali ke belakang masjid.


[Ilmu menjaga kita. Kredit]

            “anda… hmm…,” dia ragu-ragu.

            “ Cakaplah, saya nak buka novel kalau tak nak cakap. Hehe,”

            “Kadang-kadang, ilmu bukan dari siapa bercakap, sama ada dia amal atau tak, itu tak penting. Ambik yang bermanfaat sudah. Optimis!”

            “Saya ambillah…,”

            “biarpun form empat,” katanya sambil senyum mengenyit mata.


            

Bantuan Buku

                “Anda?”

                “Ya?”
               
                “ kenapa beli buku motivasi banyak ni? Kerajaan bagi bantuan buku… hobi novel err..anda tak beli novel pun…?”

                “Saya nak amanah. Biar bantuan ini memberi sumbangan kepada saya secara total. Bermotivasi. Buku rujukan saya dah lengkap rasanya, in sya Allah” Balas saya.

                Dia cuma tersenyum. Saya rasa dia terpegunlah tu. Tokoh? Hihihi.

                “Sometimes, motivation don’t move you. Action will,” Ayat pendek keluar dari mulutnya. Pegaruh rakan sebaya.


                Lantas satu per satu buku saya susun atas rak semula dan kembali ke sudut novel islami. Motivasi juga, tapi bercerita.



Thursday, 23 May 2013

Kedatangan Rezeki

Bismillahirahmanirahim. Assalamua'alaikum Warahmatullah. Jumaat? Selawat lebih banyak? Ok anda memang Osem. Jom! Senyum kenyit mata. Hik

[kredit]

Alhamdulillah, I love You Allah, seinfiniti kesyukuran hari ini masih kita berpijak di alam fana. entah berapa lama lagi kita dipinjamkan segala-galanya. Dipinjamkan tilam empuk tempat berguling-guling malas dan manja. Dipinjamkan handphone canggih mudah alih. dipinjamkan udara yang membuatkan kita masih berkongsi. Akal yang waras. Ok. Ok Nikmat Tuhan mana satu yang kita dustakan? [ar Rahman :13]

Petang khamis itu saya duduk dalam bas menunggu masa Inche Driver menurunkan saya di lokasi sekian-sekian. Jammed. Hujan. Saya hanya diam. Semua orang dalam bas juga. Tension agaknya. Melihat satu lembaga di tengah jalan yang berusaha mengawal keadaan jalan raya. Saya mengangkat kening sebelah. Kagum. Keadaan masih serius.

Dulu Inche Polis itu berbaju seragam putih becelana hitam bukan. Kali ini baju highlight hijau. Baju hujan yang besar tepatnya yang berjaya menutup badannya yang sasa bak gorgon. Oh ok saya tipu. Inche Polis berjaya memakai baju hujan kalis air demi menjalankan tugas. Kali ini sumpah saya yang tersentuh.

"leee.. dah tugas. macam mana.. lap hingus tu.."

Yalah. Tugas itulah juga melicinkan rezeki kita kak cik tuan puan. Bukan maksud saya hendak katakan mereka bagi rezeki. Eh itu tipu real tapi dengan ribuan manusia yang ingin cepat sampai ke rumah ingin berlimpang melepas tekanan di kantor kemudian dibawa balik keesokannya, penat dan mahu sampai ke destinasi, pasti ada juga yang baru keluar bekerja. Ya pasti ada. Dan lebih pasti lagi ada yang lepas terlepas dari kesesakan, beliau ingin makan sebab lapar, sebab tadi puasa dan sebagainya lagi sebab. eheh.

Dan berapa banyak makhluk bergerak
 yang bernyawa yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. 
Allahlah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu. 
Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui.

[al- Ankabut : 60]


Wahai... Janganlah anda katakan anda bisa hidup sendiri-sendiri di bumi, mampu berdikari sendiri. Sedangkan anda hidup di hutan simpan pun agaknya anda tak dapat. Anda akan terpaksa berkongsi suasana dengan pak hewan [Sebut : Haiwan] dalam animal planet. Tak terbayang saya. Miahaha.
Ya mungkin kita tak akan mampu sendiri-sendiri. Kena terpaksa akan ada yang bantu kita. Allah.

Ehem ehem, apa kaitan dengan Pak Polis tadi ya? Salah satu bagaimana kita bergerak dan digerakkan juga ialah dengan bagaimana manusia berkerja dan berusaha memenuhi keperluan sesama manusia. Inche Polis bertugas menyelematkan kita dari traffic jamed dan kemungkinan-kemungkinan yang ada. 

Sedangkan beras dari petani, anda sudah sombong angkat dagu tajam. Hm! sedangkan kereta mahal-mahal itu ada prosesnya sebelum sampai ditangan anda. Dari timah ke getah. Sedangkan Milo suam berais tiga di dalamnya juga ada proses sebelum sampai kepada anda walau di restoran atau anda buatnya sendiri. Sedangkan tilam empuk anda yang membawa anda jauh bermimpi juga jauh prosesnya untuk sampai kepada anda.

Farero rocher yang sedap pun anda tak rasa kalau tiada proses. Semuanya lah.

Tepuk dahi. Kita sudah bersyukur hari ini?

[kredit]

Kita perlu, walaupun kita tak tahu. Allah bagi juga kan?
Kita minta, tapi Allah tak bagi sebab ada yang lain untukmu.

Lalala~





Thursday, 16 May 2013

Kebetulan Terlampau, Cuma!

Bissmillahi RahmaniRahim. Assalamu'alaikum.

Wah kebetulan hari jumaat. Jom berselawat banyak-banyak hingga kita tidur pun mengigau berselawat. Eheh. Moga kita kerap mengingati Rasulullah, kepada Baginda SAW juga kita memohon syafaat di akhirat kelak. In sha Allah.

Moga iman kita sentiasa diterima dan kita tajdid demi Allah.
[kredit]

Hari tu kawan saya hantar mesej. Oleh kerana free dia pun suka hati menghentam saya dengan berpuluh-puluh mesej. Berpeluh saya. heh! Ada satu mesej lama yang saya buka balik semalam. Tiba-tiba saya tergerak hendak berkongsi dengan mana-mana mata yang sudi membaca. Moga sampai di hati.

" Anda, free tak? kemonlah buka surah al-A'raf " dia pinta saya membuka tafsir mini milik saya. Tahu-tahu pula.. hmm..

"ayat?" balas saya pendek.

" Malaslah nak bagi. Tapi nanti anda tidak cari pula... kita kan berkaseh sayang. Senyum tayang gigi. Nah ayat 176 ; Dan sekiranya kami menghendaki niscaya Kami tinggikan (darjatnya) dengan (ayat-ayat) itu, TETAPI dia cenderung kepada dunia dan mengikuti keinginannya (yang rendah) maka perumpamaannya seperti ANJING, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya ia menjulurkan lidahnya (juga). Demikianlah PERUMPAMAAN orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu agar mereka berpikir,"

"Anda...:( "

"Anda sudah merah hidung? lah kejap, ni lagi ayatnya. al-A'raf 177 : Sangat buruk perumpamaan orang yang mendustakan ayat-ayat kami, mereka menzalimi diri sendiri. 178 : Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk dan barang siapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. Anda, jom jadi 'dia' dan bukan 'mereka'? saya cuma takut anda dan saya jadi golongan 'mereka'. Allahu Allah! merah tak mata anda sekarang?"

" saya tak tahu nak kata apa.. sumpah dunia memainkan kita!"

"Hmm sabarlah... sunah sahih hari jumaat surah al-Kahfi. Sudah?" pandai temanku memujuk saya. Katanya membaca Al-qur'an, hati hamba akan tenang. carilah diri 'hamba' di situ.

"Esok kan hari jumaat. Esok sahajalah. heheh" Saja ingin mendapatkan pendapatnya lagi.

Dan benar dia memberi.

"Ok, wait and see. cari makna ayat 54. Senyum tayang gigi. "

Dia sebut sahaja ayat itu hati saya berdebar. Kalut mencari surah al-Kahfi. Terasa dia ada depan mata. Kalutnya.

Dan sesungguhnya kami telah menjelaskan berulang-ulang kepada manusia dalam al-Qur'an ini dengan bermacam-macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah!

Al-kahfi : 54

Sudah ada tertulis. Cuma tertulis. Cuma cetakan di sini. Ataukah cuma helaian? Cuma di luar sana masih ada mata yang belum disegarkan. 'Mereka'mungkin tahu tapi ada 'dia' yang belum ingat-ingatkan, atau belum 'mereka-mereka' ini belum membuka mata dan hati. 

Mari kita sentiasa kebetulan. Agar tidaklah kita bersenang-senang hati tentang bekalan kita ini. Sayapun bukanlah juga guru Bahasa Melayu yang mampu terangkan makna perumpamaan-perumpamaan, bidalan segala bagai. Wahai, KalamNya jugalah al-Haq.

Adduh!